Connect with us

Terkini

Terengganu pertimbang laksana hukuman sebat syariah di tempat awam

Kerajaan Terengganu sedia mempertimbangkan cadangan melaksanakan hukuman sebat di khalayak atau tempat awam bagi kesalahan syariah di negeri itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata terdapat beberapa prosedur tertentu perlu diteliti sebelum ia dilaksanakan.
  • “Ia dalam proses dan kita akan tengok dari semasa ke semasa. Buat masa sekarang ini, ia akan dilaksanakan di tempat tertutup, di dalam penjara.
  • “Sebenarnya kalau kita tengok daripada semangat atau roh hukuman ke atas orang yang melakukan jenayah dalam undang-undang jenayah syariah Islam ini, ia mesti dilaksanakan di khalayak ramai cuma ia adalah subjektif,” katanya dipetik Berita Harian selepas Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) Siri 1 Tahun 2024 di JKST di Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Terengganu sedia mempertimbangkan cadangan melaksanakan hukuman sebat di khalayak atau tempat awam bagi kesalahan syariah di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata terdapat beberapa prosedur tertentu perlu diteliti sebelum ia dilaksanakan.

Beliau berkata ketika ini ia tertakluk enakmen sedia ada dan sebarang penambahbaikan akan dibuat dari masa ke masa dalam usaha memperkasa pelaksanaan undang-undang syariah Islam di negara itu.

“Ia dalam proses dan kita akan tengok dari semasa ke semasa. Buat masa sekarang ini, ia akan dilaksanakan di tempat tertutup, di dalam penjara.

“Sebenarnya kalau kita tengok daripada semangat atau roh hukuman ke atas orang yang melakukan jenayah dalam undang-undang jenayah syariah Islam ini, ia mesti dilaksanakan di khalayak ramai cuma ia adalah subjektif. 

“Adakah khalayak ramai itu di tengah kawasan umum macam pasar ke masjid atau apa-apa sahaja. Kalau dilaksanakan dalam penjara sendiri pun, sebenarnya disaksikan oleh khalayak tertentu juga.

“Jadi, di atas dasar itu kita laksanakan dahulu apa yang telah tersedia ada. Ada pun untuk kita penambahbaikan, kita akan lihat dari semasa ke semasa,” katanya dipetik Berita Harian selepas Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) Siri 1 Tahun 2024 di JKST di Kuala Terengganu, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd Zakri Wan Mohd menjelaskan peruntukan sedia ada memberi kuasa kepada hakim menentukan tempat pelaksanaan hukuman sebat.

“Buat masa ini, apabila hakim tidak menyebut di mana pesalah itu disebat, secara automatiknya pesalah itu akan disebat di dalam penjara sehingga diperintah sebaliknya oleh hakim,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Terkini

Bantah kemasukan bukan bumiputera, MPP UiTM lancar kempen #MahasiswaUiTMBantah

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) membantah cadangan supaya institusi pendidikan awam itu membuka kemasukan kepada bukan bumiputera.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata hasil perbincangan pihak mereka berhubung isu tersebut, kesemua 214 ahlinya berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Perkara 153).
  • “MPP UiTM percaya bahawa universiti keramat ini merupakan satu-satunya institusi pendidikan bumiputera yang masih terpelihara hingga kini. 
  • “Sehubungan itu, kami sebulat suara menyokong agar UiTM kekal selaras dengan objektif asal penubuhannya, iaitu untuk melindungi dan memajukan mahasiswa bumiputera sebagai benteng pertahanan keistimewaan dan kemajuan bangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
  • Kempen #MahasiswaUiTMBantah bermula semalam hingga 16 Mei 2024 (esok) untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada seluruh mahasiswa mengenai hak asasi keadilan bumiputera. 
  • Pihaknya ingin bekerjasama dengan seluruh mahasiswa untuk menggunakan #MahasiswaUiTMBantah pada setiap hantaran di media sosial bagi menunjukkan sinergi mereka semua berpegang teguh Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Perkara 153). 
  • Seluruh mahasiswa, terutama dari UiTM, diseru memakai pakaian berwarna hitam pada Khamis ini sebagai tanda ketegasan dalam membantah agenda pembukaan UiTM kepada bukan bumiputera.
  • Difahamkan, isu kemasukan UiTM dibuka kepada bukan bumiputera menjadi perbincangan susulan anggota Lembaga Program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).

KUALA LUMPUR — Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) membantah cadangan supaya institusi pendidikan awam itu membuka kemasukan kepada bukan bumiputera.

MPP UiTM berkata hasil perbincangan pihak mereka berhubung isu tersebut, kesemua 214 ahlinya berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Perkara 153).

Menurutnya, UiTM ditubuhkan untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu, orang Asli dan peribumi Sabah dan Sarawak dengan tujuan memastikan mahasiswa bumiputera yang kurang berkemampuan mendapat akses kepada pengajian tinggi.

“MPP UiTM percaya bahawa universiti keramat ini merupakan satu-satunya institusi pendidikan bumiputera yang masih terpelihara hingga kini. 

“Sehubungan itu, kami sebulat suara menyokong agar UiTM kekal selaras dengan objektif asal penubuhannya, iaitu untuk melindungi dan memajukan mahasiswa bumiputera sebagai benteng pertahanan keistimewaan dan kemajuan bangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam usaha menegaskan pendirian itu, MPP UiTM tersebut melancarkan kempen #MahasiswaUiTMBantah bermula semalam hingga 16 Mei 2024 (esok) untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada seluruh mahasiswa mengenai hak asasi keadilan bumiputera. 

MPP UiTM berkata pihaknya ingin bekerjasama dengan seluruh mahasiswa untuk menggunakan #MahasiswaUiTMBantah pada setiap hantaran di media sosial bagi menunjukkan sinergi mereka semua berpegang teguh Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Perkara 153). 

Mereka juga menyeru seluruh mahasiswa, terutama dari UiTM, memakai pakaian berwarna hitam pada Khamis ini sebagai tanda ketegasan dalam membantah agenda pembukaan UiTM kepada bukan bumiputera.

“MPP UiTM berharap seluruh mahasiswa UiTM dapat bersama berganding bahu mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Perkara 153). 

“Kami menyeru semua mahasiswa untuk menyebarkan penggunaan #MahasiswaUiTMBantah ini bagi menunjukkan bahawasanya kita memandang serius terhadap isu ini,” katanya.

Sebelum ini, Persekutuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) turut dilaporkan menolak cadangan beberapa pihak yang berhasrat supaya institusi pendidikan awam itu menerima kemasukan pelajar bukan bumiputera.

“Meskipun cadangan serta pandangan tersebut “disulam dengan pelbagai justifikasi kononnya atas nama demi kebaikan Melayu”, PAUiTM kekal berpegang kepada prinsip asas penubuhan UiTM sebagaimana tersepuh di dalam Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Sebarang cadangan atau pandangan sebaliknya, dilihat cuba membelakangkan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas bernegara,” kata PAUiTM dalam satu kenyataan rasmi di Facebook.

Difahamkan, isu kemasukan UiTM dibuka kepada bukan bumiputera menjadi perbincangan susulan anggota Lembaga Program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).

Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Ia juga mendapat perhatian Pakar Perlembagaan,  Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz yang mengingatkan sebarang perubahan dasar melibatkan UiTM yang ditubuhkan selaras Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan perlu melalui Majlis Raja-Raja terlebih dahulu sebelum dibincangkan di peringkat awam.

Shamrahayu berkata ini kerana Perkara 38 Fasal 5 Perlembagaan Persekutuan menyatakan sebarang dasar dilakukan di bawah Perkara 153 sekiranya mahu diubah, perlu berbincang dengan Majlis Raja-Raja. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending