Connect with us

Hartanah

Mengapa pasaran hartanah suram?

Pasaran hartanah tidak menunjukkan isyarat pemulihan yang mantap, apabila jumlah permohonan pinjaman bagi pembelian rumah merosot kepada RM4.02 bilion pada Mei lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pasaran hartanah
Foto: Sumber Berita Harian
  • Pasaran hartanah tidak menunjukkan isyarat pemulihan yang mantap kerana jumlah permohonan pinjaman bagi pembelian rumah merosot dan minat belian suram.
  • Bagaimanapun jumlah pinjaman pembelian hartanah diluluskan meningkat di sebalik jumlah permohonan lebih rendah.
  • Jualan syarikat hartanah kurang memberangsangkan dengan sentimen pengguna dijangka lemah disebabkan peningkatan inflasi.

KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah tidak menunjukkan isyarat pemulihan yang mantap, apabila jumlah permohonan pinjaman bagi pembelian rumah merosot kepada RM4.02 bilion pada Mei lalu.

MIDF Research dalam nota penyelidikannya berkata, secara terkumpul, jumlah permohonan pinjaman rumah dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini hampir tidak berubah iaitu sebanyak RM191.8 bilion, memberi petunjuk bahawa minat belian adalah suram di sebalik pembukaan semula aktiviti ekonomi.

“Permohonan pinjaman pada bulan Mei adalah kurang memberangsangkan, menyusuli penurunan 6.3 peratus pada bulan sebelumnya.

“Permohonan pinjaman rumah mulai merosot pada bulan April selepas ia jatuh buat kali pertama dalam tempoh tujuh bulan,” katanya.

MIDF Research bagaimanapun berkata, jumlah pinjaman yang diluluskan bagi pembelian hartanah meningkat 6.9 peratus kepada RM15.7 bilion pada Mei, di sebalik jumlah permohonan lebih rendah.

Perkembangan itu, katanya disebabkan terutama oleh peratusan lebih tinggi jumlah pinjaman diluluskan berbanding pinjaman dimohon iaitu 39 peratus berbanding 35.8 peratus pada Mei 2021.

“Secara terkumpul, jumlah pinjaman diluluskan berkembang kepada RM74.9 bilion dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, menunjukkan tinjauan jualan hartanah lebih baik bagi pemaju.

“Bagaimanapun, kami merasakan bahawa syarat bank yang ketat masih menjadi cabaran untuk syarikat hartanah memandangkan peratusan pinjaman yang diluluskan berbanding pinjaman dimohon untuk membeli rumah kekal di bawah 40 peratus pada Mei,” katanya.

Firma penyelidikan itu berkata, tinjauan jualan bagi syarikat hartanah adalah kurang memberangsangkan dengan sentimen pengguna dijangka lemah disebabkan peningkatan inflasi.

Sumber : Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *