Terkini
Wanita Hindutva ancam bunuh warga emas Muslim
- Seorang lelaki Muslim warga emas dicaci dan diancam bunuh oleh individu fahaman Hindutva di Taman Central, Delhi, dengan mangsa didakwa diserang kerana identiti agamanya.
- Dalam satu video yang tular di media sosial, wanita tersebut dilihat menuduh mangsa menggunakan “bahasa yang tidak senonoh” dalam pertengkaran sebelum ini.
- Wanita itu kemudiannya didakwa memegang dan menarik kolar baju serta janggut mangsa sambil mengugut untuk membunuhnya sambil melaungkan “Penganut Hindu tidak lagi lemah”
NEW DELHI – Seorang lelaki Muslim warga emas didatangi, dicaci, dan diancam bunuh oleh seorang wanita dan beberapa individu fahaman Hindutva di Taman Central, Delhi, India, menurut satu laporan Kashmir Media Service (KMS).
Dalam satu video yang tular di media sosial, wanita tersebut dilihat menuduh mangsa menggunakan “bahasa yang tidak senonoh” dalam pertengkaran sebelum ini.
Wanita itu kemudiannya didakwa memegang dan menarik kolar baju serta janggut mangsa sambil mengugut untuk membunuhnya sambil melaungkan “Pemganut Hindu tidak lagi lemah”
Setakat ini, Polis Delhi belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. – The Merdeka Times
Please follow and like us:
Teruskan Membaca