Connect with us

Antarabangsa

Dari tragedi Jakarta ke iktibar Nusantara: Demokrasi tanpa etika undang bencana

Published

on

Foto: Rusuhan yang melanda Indonesia.
  • Analisis alternatif yang diterbitkan oleh The Jakarta Post menegaskan bahawa protes ini berpunca daripada masalah struktur yang lebih dalam iaitu : gaji yang statik, pekerjaan kontrak yang menjerat, percukaian yang membebankan, serta elit politik yang semakin terpisah daripada denyut nadi rakyat.
  •  Mengapa kita di Malaysia harus peduli?
  • Kerana fenomena ini adalah cermin yang dekat. Kita juga berdepan isu serupa, jurang kaya miskin yang melebar, kos sara hidup yang menekan, serta rasa tidak percaya kepada elit politik yang dilihat sibuk berpolitik berbanding menyelesaikan masalah rakyat.

 

Rusuhan yang melanda Indonesia sejak penghujung Ogos lalu bukanlah episod terpencil atau sekadar luahan marah akibat seorang pemandu ojek yang maut dirempuh kenderaan polis.

Ia adalah himpunan rasa kecewa rakyat terhadap sebuah sistem yang gagal menzahirkan janji demokrasi.

Media arus perdana sering mengangkat angka korban, jumlah penangkapan dan kerosakan infrastruktur. Namun, analisis alternatif  seperti yang diterbitkan oleh The Jakarta Post menegaskan bahawa protes ini berpunca daripada masalah struktur yang lebih dalam iaitu gaji yang statik, pekerjaan kontrak yang menjerat, percukaian yang membebankan, serta elit politik yang semakin terpisah daripada denyut nadi rakyat.

Bagi rakyat Indonesia, jurang antara statistik rasmi dan kehidupan seharian semakin melebar.

Angka pertumbuhan ekonomi 5 peratus yang dibanggakan kerajaan tidak bermakna apabila kos sara hidup kian menghimpit dan pekerjaan stabil sukar dicapai.

Inilah paradoks demokrasi moden, pertumbuhan yang manfaatnya tidak dibahagi secara adil hanya menyemai api pemberontakan sosial.

Protes yang merebak ke lebih 30 wilayah membuktikan bahawa rakyat tidak lagi mahu duduk diam. Mereka menuntut demokrasi yang beretika, inklusif, dan benar-benar mendengar keluhan rakyat bawahan.

Mengapa kita di Malaysia harus peduli?

Kerana fenomena ini adalah cermin yang dekat. Kita juga berdepan isu serupa, jurang kaya miskin yang melebar, kos sara hidup yang menekan, serta rasa tidak percaya kepada elit politik yang dilihat sibuk berpolitik berbanding menyelesaikan masalah rakyat.

Jika Indonesia menjadi contoh, maka jelas bahawa ketidakadilan ekonomi yang dibiarkan berlarutan akan meledak menjadi krisis sosial dan politik.

Demokrasi tanpa etika, tanpa integriti, dan tanpa kepekaan terhadap penderitaan rakyat hanyalah bom jangka yang menunggu masa untuk meletup. Rusuhan di Jakarta adalah amaran keras, bukan sahaja kepada Indonesia, tetapi juga kepada seluruh Nusantara.

Dari tragedi ini, mesejnya jelas, rakyat tidak akan lagi menerima demokrasi yang hanya hidup di kertas undang-undang tetapi mati di jalanan.

Malaysia perlu belajar daripada jiran terdekat ini.

Jika kita benar-benar mahu memastikan demokrasi terus subur, maka ia mesti dipulihkan kepada asasnya iaitu mendahulukan rakyat, menegakkan etika, dan menolak elitisme politik.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author