Connect with us

Terkini

Janji DAP ambil alih Kampung Baharu Cina: Prof Teo anggap kenyataan terdesak

Published

on

Foto: Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), UKM - Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong.
  • Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), UKM – Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong menyifatkan kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berhubung janji mengambil alih pentadbiran 123 kampung baharu Cina di Johor sekiranya PH memenangi PRN Johor sebagai satu kenyataan yang bersifat “terdesak”.
  • “Bagi saya, kenyataan yang dibuat oleh Nga Kor Ming di Jementah, dalam konteks PRN, itu kenyataan terdesak. Satu kenyataan terdesak dan satu tindakan terdesak, iaitu kenyataan itu dikeluarkan kerana pihak Nga Kor Ming itu mendapati tiada harapan langsung bagi pihaknya dalam PRN Johor ini,” katanya.

KUALA LUMPUR –  Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong menyifatkan kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berhubung janji mengambil alih pentadbiran 123 kampung baharu Cina di Johor sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai satu kenyataan yang bersifat “terdesak”.

Bercakap kepada The Merdeka Times, beliau berkata kenyataan tersebut dibuat dalam keadaan PH dan DAP didakwanya menyedari peluang mereka untuk membentuk kerajaan negeri Johor adalah amat tipis.

“Bagi saya, kenyataan yang dibuat oleh Nga Kor Ming di Jementah, dalam konteks PRN, itu kenyataan terdesak.

“Satu kenyataan terdesak dan satu tindakan terdesak, iaitu kenyataan itu dikeluarkan kerana pihak Nga Kor Ming itu mendapati tiada harapan langsung bagi pihaknya dalam PRN Johor ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nga yang berjanji akan melakukan perubahan besar di 123 kampung baharu Cina di Johor sekiranya PH berjaya mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri selepas pilihan raya Sabtu ini.

Dalam ceramah kempen di Jementah, Segamat, Nga dilaporkan berkata kemenangan PH akan membolehkan DAP menggantikan semua ketua kampung daripada MCA yang ketika ini mentadbir kampung baharu Cina, sekaligus mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan.

Nga turut mendakwa pentadbiran DAP lebih cekap dalam melaksanakan pembangunan dengan membandingkan prestasi projek di Perak dan Johor, sambil menyatakan pelbagai kemudahan seperti taman, pasar, pusat penjaja, jalan raya dan sistem perparitan dapat disiapkan dengan lebih pantas sekiranya PH mentadbir Johor.

Mengulas lanjut, Teo berkata beliau melihat kenyataan tersebut turut mencerminkan keyakinan rendah PH dan DAP terhadap peluang mereka membentuk kerajaan negeri selepas PRN Johor.

“Apabila didapati tiada harapan itu maka kenyataan yang dibuat itu memang terdesak sifatnya.

“Jadi kenyataan itu dilakukan sedemikian, iaitu dalam keadaan terdesak kerana pihak Nga Kor Ming itu memang mengetahui pihaknya, PH dan juga partinya DAP, tidak perlu mengotakan janji itu sebab mereka takkan menang pun di Johor untuk jadi kerajaan negeri,” katanya.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author