Connect with us

Terkini

Bantuan RM150: ‘Itu hak pelajar, bukan instrumen politik’ –  Teo Nie Ching

Published

on

Foto: Pengerusi DAP Johor, Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching.
  • Pengerusi DAP Johor, Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching mendakwa menerima maklumat bahawa bantuan berkenaan sengaja ditahan untuk dijadikan ‘alat propaganda’.
  • “Saya terima beberapa khabar angin bahawa wang sudah dimasukkan ke akaun sekolah, tetapi masih belum sampai ke tangan pelajar. Kononnya, duit hanya akan diberikan apabila Ling Tian Soon melawat sekolah!
  • “Wang itu adalah hak pelajar, bukan instrumen politik,” tulis Teo di Facebook.

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching, hari ini mempersoalkan pelaksanaan bantuan RM150 kepada pelajar sekolah menengah persendirian Cina (sekolah swasta) di Johor, mendakwa wang tersebut sudah sampai ke akaun sekolah namun masih belum disalurkan kepada pelajar.

Menurut hantaran di Facebook, Teo yang juga Timbalan Menteri Komunikas mendakwa menerima maklumat bahawa bantuan berkenaan sengaja ditahan untuk dijadikan ‘alat propaganda’.

“Saya terima beberapa khabar angin bahawa wang sudah dimasukkan ke akaun sekolah, tetapi masih belum sampai ke tangan pelajar. Kononnya, duit hanya akan diberikan apabila Ling Tian Soon melawat sekolah!

“Wang itu adalah hak pelajar, bukan instrumen politik,” tulis Teo.

Beliau mengkritik pendekatan Kerajaan Negeri Johor yang dikatakan menjadikan bantuan sebagai “hadiah peribadi” berbanding pendekatan Kerajaan Persekutuan yang terus menyalurkan bantuan tanpa syarat.

“Bantuan awal persekolahan RM150 daripada Kementerian Pendidikan kepada 5.2 juta murid tahun ini diberikan tanpa perlu menunggu Menteri datang ke sekolah. 

“STR, SARA, malah RM100 untuk warganegara berusia 18 tahun pada Hari Kebangsaan tahun lepas terus masuk ke akaun bank penerima. Tidak perlu beratur, tidak perlu berjabat tangan dengan mana-mana menteri,” tegasnya.

Kerajaan Negeri Johor di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini mengumumkan peruntukan RM327,5850 kepada 21,839 pelajar di 10 buah sekolah swasta Cina di negeri itu, dengan setiap pelajar menerima RM150. 

Jumlah ini meningkat lebih tiga kali ganda berbanding peruntukan RM1.5 juta pada 2024 dan 2025. Setiap sekolah turut menerima RM20,000 tambahan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengumumkan peruntukan ini sebagai sebahagian daripada RM17 juta peruntukan khas kepada komuniti Cina di Johor.

Walaupun peruntukan disambut baik, dakwaan Teo tentang kelewatan pengagihan menimbulkan persoalan mengenai ketelusan dan kecekapan pelaksanaan. Ini lebih meruncing ketika PRN Johor semakin hampir, dengan kedua-dua PH dan BN bersaing sengit merebut undi Cina.

Teo membandingkan pendekatan Kerajaan Pusat pimpinan PH dengan Kerajaan Negeri Johor pimpinan BN:

Bantuan awal persekolahan

KPM (RM150 untuk semua murid): 5.2 juta murid, diagihkan melalui sekolah tanpa bergantung kepada lawatan menteri.

STR & SARA: RM15 billion untuk 2026, terus ke akaun penerima.

RM100 Hari Kebangsaan: Untuk warganegara 18 tahun ke atas, terus ke akaun.

Bantuan pelajar swasta Johor (RM150): Didakwa tertahan sehingga lawatan Exco.

Isu ini mencerminkan persaingan sengit antara PH dan BN dalam PRN Johor. Bagi PH, ia peluang menonjolkan kelebihan tadbir urus dan menyerang kelemahan BN. Bagi BN, ia menguji kredibiliti dan keupayaan menyampaikan bantuan.

Sehingga kini, Ling Tian Soon atau Exco Kerajaan Negeri Johor belum mengeluarkan kenyataan rasmi membalas dakwaan Teo.

Terdahulu, Ling menyatakan semua bantuan sudah diagihkan kepada sekolah, tetapi dakwaan wang belum sampai ke pelajar kekal menjadi tanda tanya. Rakyat Johor akan menilai sendiri sama ada bantuan sampai tepat pada masanya, atau sekadar modal politik.

(Kenyataan Teo Nie Ching diterjemahkan daripada bahasa mandarin kepada  Bahasa Malaysia)

– Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author