Connect with us

Terkini

BUDI95: ‘Onn Hafiz patut lebih faham, tidak kelirukan rakyat macam cybertrooper’ – Liew Chin Tong

Published

on

Foto: Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong.
  • Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong menegaskan  jika sistem BUDI tidak dilaksanakan untuk menampung kesan krisis perang di Iran yang mengakibatkan kenaikan harga minyak dunia, rakyat Malaysia sudah pasti sengsara pada Mac dan April lalu.
  • “BUDI95 dilancarkan pada September 2025 setelah Kerajaan Madani meneliti beberapa cadangan selepas menolak saranan pakar-pakar ekonomi termasuk daripada Bank Dunia supaya mengapungkan harga pasaran.
  • “Sepatutnya sebagai Menteri Besar, beliau (Onn Hafiz) memahami keadaan sebenar, dan tidak patut mengelirukan rakyat dengan membuat tohmahan yang sama taraf dengan serangan cybertrooper,”  katanya.

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, hari ini mempertahankan program subsidi bersasar RON95, BUDI MADANI RON95 (BUDI95), sambil mengkritik Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, kerana didakwa membuat tuduhan tidak berasas terhadap inisiatif kerajaan Madani itu.

Beliau menegaskan bahawa jika sistem BUDI tidak dilaksanakan untuk menampung kesan krisis perang di Iran yang mengakibatkan kenaikan harga minyak dunia, rakyat Malaysia sudah pasti sengsara pada Mac dan April lalu. 

Malah katanya, rantaian bekalan global yang turut terjejas dengan krisis itu juga menyebabkan harga minyak melambung.

“BUDI95 dilancarkan pada September 2025 setelah Kerajaan Madani meneliti beberapa cadangan selepas menolak saranan pakar-pakar ekonomi termasuk daripada Bank Dunia supaya mengapungkan harga pasaran.” katanya.

Dalam hantaran di Facebook, Liew menyifatkan serangan Onn Hafiz terhadap BUDI95 sebagai satu percubaan untuk mengelirukan rakyat dan meletakkan diri beliau setaraf dengan *cybertrooper* UMNO.

“Sepatutnya sebagai Menteri Besar, beliau memahami keadaan sebenar, dan tidak patut mengelirukan rakyat dengan membuat tohmahan yang sama taraf dengan serangan cybertrooper.

“Kini beliau menyerang subsidi BUDI95. Seperti yang dilaporkan media, Onn Hafiz mahu Kerajaan Persekutuan memansuhkan kuota bulanan BUDI95 yang didakwanya menyusahkan rakyat.”  katanya. 

BUDI95 dilancarkan pada 30 September 2025 sebagai inisiatif subsidi RON95 yang membolehkan setiap warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang memiliki lesen memandu sah menikmati harga RON95 pada RM1.99 seliter, lebih rendah daripada kadar subsidi pukal sedia ada iaitu RM2.05 seliter. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author