Connect with us

Terkini

Rayer persoal dakwaan hak Melayu terhakis tanpa BN, tuntut penjelasan kerajaan

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer (kanan)
  • “Konteks itu saya ingin tanya, adakah apa-apa kebenaran dalam kenyataan baru-baru ini yang dibuat oleh seorang DJ bernama KJ bahawa orang-orang Melayu dalam kerajaan akan terhakis, tergugat sekiranya tak ada UMNO Barisan Nasional dalam mana-mana kerajaan. Saya minta penjelasan.” – RSN Rayer, Ahli Parlimen Jelutong.
  • Soalan Rayer  dijawab  Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R. Yuneswaran, yang menegaskan bahawa perlindungan keistimewaan Melayu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik tertentu.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer hari ini mempersoalkan dakwaan bahawa hak orang Melayu dalam kerajaan akan terhakis sekiranya Barisan Nasional (BN) tidak menjadi sebahagian daripada mana-mana pentadbiran, sambil meminta kerajaan menjelaskan sama ada dakwaan itu mempunyai asas atau sekadar retorik politik.

Persoalan itu dibangkitkan Rayer di Dewan Rakyat susulan kenyataan yang didakwa dibuat bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, bahawa hanya UMNO-BN mampu menjaga kepentingan orang Melayu dan orang Melayu akan terancam sekiranya bukan parti itu yang memerintah.

“Adakah apa-apa kebenaran dalam kenyataan baru-baru ini yang dibuat oleh seorang DJ bernama KJ bahawa orang-orang Melayu dalam kerajaan akan terhakis, tergugat sekiranya tak ada UMNO Barisan Nasional dalam mana-mana kerajaan. Saya minta penjelasan,” kataya.

Rayer turut menuntut penjelasan sama ada dakwaan tersebut berasas memandangkan ia membabitkan kedudukan serta hak orang Melayu yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut mempersoalkan sama ada dakwaan bahawa hak orang Melayu akan terhakis tanpa BN mempunyai asas kukuh atau sekadar naratif politik bagi meraih sokongan.

Soalan Rayer dijawab Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R. Yuneswaran, yang menegaskan bahawa perlindungan keistimewaan Melayu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik tertentu. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author