Connect with us

Antarabangsa

Zuckerberg ramal cermin mata AR ganti telefon pintar menjelang 2030, Apple kekal pertahan iPhone

Published

on

Foto: Dari kanan Mark Zuckerberg, Bill Gates, Tim Cook dan Elon Musk.
  • “Matlamatnya adalah melangkah keluar daripada skrin,” kata Zuckerberg, merujuk kepada era baharu di mana kandungan digital disepadukan sepenuhnya dengan kehidupan seharian tanpa perlu lagi ketukan atau sapuan jari pada skrin telefon.
  • Syarikat Neuralink milik Elon Musk sedang membangunkan antaramuka otak-komputer yang membolehkan manusia berinteraksi dengan mesin hanya melalui fikiran.
  • Bill Gates pula menyokong syarikat pemula Chaotic Moon di Texas yang menghasilkan tatu elektronik ultra nipis.
  • Apple di bawah pimpinan Tim Cook lebih berhati-hati, dengan pelancaran iPhone baru-baru ini menekankan peningkatan kecerdasan buatan (AI) dan naik taraf perkakasan, sambil mengekalkan reka bentuk telefon pintar tradisional.

 

Ketua Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg semakin agresif dalam pertaruhannya terhadap teknologi realiti tambahan (AR), dengan keyakinan bahawa menjelang tahun 2030, cermin mata AR bakal mengatasi telefon pintar sebagai peranti peribadi utama.

Beliau percaya, masa depan komunikasi tidak lagi tertumpu kepada skrin di tangan, sebaliknya paparan seperti notifikasi, peta dan mesej akan dipaparkan terus ke dalam pandangan mata pengguna.

Strategi ini seiring dengan misi beliau memperkukuh dunia metaverse, di mana kehidupan fizikal dan digital bercantum tanpa sempadan.

“Matlamatnya adalah melangkah keluar daripada skrin,” kata Zuckerberg, merujuk kepada era baharu di mana kandungan digital disepadukan sepenuhnya dengan kehidupan seharian tanpa perlu lagi ketukan atau sapuan jari pada skrin telefon.

Sementara itu, tokoh teknologi lain turut mempertaruhkan visi futuristik masing-masing.

Syarikat Neuralink milik Elon Musk sedang membangunkan antaramuka otak-komputer yang membolehkan manusia berinteraksi dengan mesin hanya melalui fikiran.

Dua subjek manusia telah menerima implan awal, dengan matlamat jangka panjang untuk menghapuskan interaksi fizikal sama sekali.

Bill Gates pula menyokong syarikat pemula Chaotic Moon di Texas yang menghasilkan tatu elektronik ultra nipis.

Peranti ini boleh memantau data kesihatan melalui nanosensor, selain berfungsi sebagai pengesahan identiti, geolokasi, malah komunikasi asas.

Namun, tidak semua gergasi teknologi memilih haluan yang sama.

Apple di bawah pimpinan Tim Cook lebih berhati-hati, dengan pelancaran iPhone 16 baru-baru ini menekankan peningkatan kecerdasan buatan (AI) dan naik taraf perkakasan, sambil mengekalkan reka bentuk telefon pintar tradisional.

Cook berulang kali menegaskan telefon pintar masih menjadi pusat kehidupan moden, dengan inovasi Apple bersifat bertahap, bukan menggoncang asas pasaran.

Perbezaan ketara ini menyerlahkan jurang falsafah di Silicon Valley.

Zuckerberg, Musk, Altman dan Gates membayangkan masa depan di mana teknologi Bersatu dengan tubuh badan atau persekitaran, manakala Apple berpegang teguh bahawa telefon pintar kekal sebagai asas inovasi berterusan.

Persoalan besar kini timbul: adakah masa depan pengkomputeran akan tertanam dalam tubuh manusia, atau terus kekal sebagai peranti yang kita genggam?

Buat masa ini, telefon pintar masih selamat di tangan pengguna.

Tetapi jika ramalan minda-minda paling berani di Silicon Valley menjadi kenyataan, peranti yang mendefinisikan generasi ini mungkin akan dianggap setua telefon lipat suatu hari nanti.

Apple, bagaimanapun, tetap yakin kisah iPhone masih jauh dari penamat. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author