Connect with us

Aduan

Pembinaan tokong di Damansara

The Merdeka Times (TMT) menerima aduan daripada pembaca kami berkenaan pembinaan sebuah tokong haram di Damansara. 

Wartawan TMT

Published

on

Pembinaan tokong haram di Damansara

The Merdeka Times (TMT) menerima aduan daripada pembaca kami berkenaan pembinaan sebuah tokong haram di Damansara. 

Hantaran video beserta gambar menunjukkan pembinaan ‘Tokong Haram’ di bina di Kompleks beli belah Season Square, Damansara berhadapan bangunan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Tiada tindakan diambil walaupun, tokong itu dibina di tengah-tengah kawasan jalan raya dan kompleks beli belah dan kedai-kedai berhampiran yang boleh menyebabkan kesukaran kepada orang ramai.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Aduan

(ADUAN PEMBACA) Taman Rekreasi Kolam Ayer Panas terabai, reaksi DBKL dituntut

Taman Rekreasi Kolam Ayer Panas kini dalam keadaan yang menyedihkan. Pejabat pengurusannya telah ditutup & kemudahan di taman itu juga terabai.

Wartawan TMT

Published

on

(ADUAN PEMBACA) Taman Rekreasi Kolam Ayer Panas terabai, reaksi DBKL dituntut
Foto: Taman Rekreasi Kolam Ayer Panas.

Taman Rekreasi Kolam Ayer Panas kini dalam keadaan yang menyedihkan. Pejabat pengurusannya telah ditutup & kemudahan di taman itu juga terabai. Sampah juga di merata tempat tanpa nampak sebarang kerja pembersihan rutin yang biasa dilakukan.

Taman itu dikelilingi  bangunan flat kos rendah skim perumahan kerajaan, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas yang majoriti penduduknya adalah B40 yang menjadikan taman itu sebagai kawasan beriadah mereka.

Apakah sebenarnya yang telah berlaku kepada Taman Rekreasi Kolam Ayer Panas ini?

Kenapa secara tiba-tiba, pejabat pengurusannya ditutup dan tiada lagi kerja-kerja pembersihan serta penyelenggaran dijalankan?

Apakah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghadapi masalah kewangan atau kekurangan pekerja untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan sehinggakan Taman Rekreasi Kolam Ayer Panas itu terabai?

Ataupun adakah Taman Rekreasi Kolam Ayer Panas itu telah dijual untuk dibangunkan? Jikalau ya, kepada siapakah ianya dijual? Adakah menerusi tender terbuka atau rundingan terus? Jikalau dijual, maka timbul persoalan bagaimana tanah yang digazetkan sebagai Kawasan Lapang & Sukan itu boleh dijual?

Penduduk dalam kebingungan apakah yang telah terjadi kepada Taman Rekreasi Kolam Ayer Panas. Kami menuntut penjelasan dari pihak DBKL.

 

Pembaca prihatin yang juga penduduk sekitar Taman Rekreasi Kolam Ayer Panas

 

(ADUAN PEMBACA) Taman Rekreasi Kolam Ayer Panas terabai, reaksi DBKL dituntut

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending