Connect with us

Terkini

PM bukan Melayu: Apa keperluan Kit Siang provokasi kaum majoriti?

Tindakan pemimpin veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan Perlembagaan Malaysia tidak menyekat bukan Melayu dari menjadi Perdana Menteri dipersoalkan bekas Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara (AGC), Liyana Marzuki.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pemimpin Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang (kiri) dan Bekas Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara (AGC), Liyana Marzuki (kanan).
  • Tindakan pemimpin veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan Perlembagaan Malaysia tidak menyekat bukan Melayu dari menjadi Perdana Menteri dipersoalkan bekas Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara (AGC), Liyana Marzuki.
  • “Pada masa ini, Pakatan Harapan menerima 96 peratus undi orang Cina dan 90 peratus undi orang India. Apa keperluan untuk provoke kaum majoriti? Bila mana kita berhadapan isu fanatism agama dan ekstremis kaum? 
  • “Kalau lihat sejarah dunia, Perang Saudara (civil war) berlaku apabila penduduk majoriti terasa terancam. Mereka boleh terima sekiranya golongan minoriti menguasai ekonomi, tetapi kalau hendak pegang kuasa politik sekali, ini akan timbul besarnya tidak puas hati,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad lalu.
  • Pada 30 November lalu, kenyataan Kit Siang itu disiarkan menerusi blog beliau yang memaklumkan kenyataan berkenaan dibuat semasa beliau bertemu pelajar Malaysia di Manchester sehari sebelum itu.
  • Dalam hantaran berbeza tanpa menamakan ia dituju kepada siapa, Liyana berkata daripada ‘politikus dinosaur’ menekankan Impian Malaysia yang dilihat beliau hanya mengangkat anak-anak pemimpin terbabit adalah lebih baik sekiranya individu berkenaan memberi pandangan untuk memperbetulkan dasar asimilasi kaum di Malaysia.

KUALA LUMPUR — Tindakan pemimpin veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan Perlembagaan Malaysia tidak menyekat bukan Melayu dari menjadi Perdana Menteri dipersoalkan bekas Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara (AGC), Liyana Marzuki.

Liyana yang juga pemerhati politik berkata, beliau tidak memahami keperluan di sebalik kenyataan penuh kontroversi itu dikeluarkan ketika ini.

“Pada masa ini, Pakatan Harapan menerima 96 peratus undi orang Cina dan 90 peratus undi orang India. Apa keperluan untuk provoke kaum majoriti? Bila mana kita berhadapan isu fanatism agama dan ekstremis kaum? 

“Kalau lihat sejarah dunia, Perang Saudara (civil war) berlaku apabila penduduk majoriti terasa terancam. Mereka boleh terima sekiranya golongan minoriti menguasai ekonomi, tetapi kalau hendak pegang kuasa politik sekali, ini akan timbul besarnya tidak puas hati,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad lalu.

Liyana berkata insiden terbaharu melibatkan Red Neck Amerika merusuh ke Capitol apabila kelompok majoriti merasa terancam akan hilang kuasa dan negara kepada minoriti.

Beliau berkata Amerika mengambil masa lebih 230 tahun untuk menerima Presiden dari kelompok minoriti, manakala United Kingdom pula beratus tahun sebelum mengangkat Perdana Menteri bukan pribumi. 

Katanya, Malaysia baru 65 tahun mencapai kemerdekaan, namun terdapat politikus lama yang berfikir dalam masa terdekat rakyat negara ini patut menerima kehadiran perdana menteri bukan daripada kelompok minoriti.

“Saya tentang pemikiran politikus Dinosaur sama ada far right dan far left ini. Mereka masih rasa mereka berada di zaman pra-merdeka. Walhal kita sekarang di New Millenia. Sudah berbeza banyak perkara.

“Mereka main lepas saja bercakap tanpa pikir implikasi kepada social fabric negara. Walhal dia tahu he’s the most demonised leader. Apa perlu jadi bertambah demon kepada geng Ultras? Seperti dibuat dengan sengaja.

“Dalam kita berusaha membawa semua menjadi centrist dan jangan jadi pelampau dalam berpolitik, ada pula yang tambah bibit-bibit provokasi,” katanya.

Beliau mengingatkan pihak terbabit supaya tidak menambah minyak kepada api yang menyala kerana dikhuatiri salah langkah ia boleh meranapkan negara.

Pada 30 November lalu, kenyataan Kit Siang itu disiarkan menerusi blog beliau yang memaklumkan kenyataan berkenaan dibuat semasa beliau bertemu pelajar Malaysia di Manchester sehari sebelum itu.

Kit Siang berkata Perlembagaan Malaysia pada 1957 mahupun selepas dipinda pada 1963 ketika Malaysia dibentuk, bersama-sama dengan Rukun Negara dan Wawasan 2020 beserta dengan sembilan cabaran strategiknya, menjanjikan Impian Malaysia yang meraikan kepelbagaian etnik, agama dan budaya serta tidak membawa kepada suatu impian untuk mana-mana satu etnik sahaja.

Pemimpin veteran DAP itu berkata, perkara tersebut dapat dilihat dengan baik sekali apabila Perlembagaan Malaysia tidak menyekat individu bukan Melayu dari menjadi Perdana Menteri.

Kenyataan sedemikian juga pernah dikeluarkan pemimpin veteran DAP itu pada awal Mac lalu.

Dalam hantaran berbeza tanpa menamakan ia ditujukan kepada siapa, Liyana berkata daripada ‘politikus dinosaur’ menekankan Impian Malaysia yang dilihat beliau hanya mengangkat anak-anak pemimpin terbabit adalah lebih baik sekiranya individu berkenaan memberi pandangan untuk memperbetulkan dasar asimilasi kaum di Malaysia.

“Contoh: Bagaimana nak betulkan jurang antara sekolah vernakular dan sekolah Kebangsaan. Bila mana negara lain di dunia hanya ada satu sistem sekolah sahaja?

“Bagaimana nak betulkan isu geng yang nak status warganegara tetapi tak tahu dan tak mahu langsung berbahasa Kebangsaan? Itu lagi afdal diberi cadangan.

“Selagi tiada asimilasi pelbagai kaum dalam negara dan pembentukan bangsa Malaysia. Jangan haraplah impian beliau berjaya. Yang merisaukan kenyataan itu akan cetuskan lebih banyak perpecahan. Perlu jaga mulut anda Uncle, jangan sampai cetuskan perang saudara,” kata Liyana. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Liyana Marzuki

Author