Connect with us

Terkini

Bukan Melayu boleh jadi Perdana Menteri Malaysia – Lim Kit Siang

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mengatakan Perkara 43 Perlembagaan Malaysia tidak mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada orang Melayu sahaja di mana orang bukan Melayu juga boleh memegang jawatan itu.

Hidayah Sani

Published

on

Bukan Melayu boleh jadi Perdana Menteri Malaysia – Lim Kit Siang
Foto: Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
  • Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mengatakan Perkara 43 dalam Perlembagaan Malaysia tidak mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada orang Melayu sahaja di mana orang bukan Melayu juga boleh memegang jawatan itu.
  • Bagaimanapun Perkara 43 (7) menghalang seseorang yang menjadi warganegara secara naturalisasi atau melalui pendaftaran di bawah Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan daripada menjadi Perdana Menteri.
  • Pemimpin veteran DAP itu berkata rakyat Malaysia daripada semua kaum perlu mempunyai lebih banyak persamaan antara satu sama lain berbanding dengan ‘saudara kandung’ mereka di China, India atau Indonesia. 
  • “Tanpa kita mencapai ini, Malaysia tidak boleh dikatakan telah menjadi ‘Negara Rakyat Malaysia’,” kata Kit Siang melalui tulisan di blognya pada Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR – Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mengatakan Perkara 43 Perlembagaan Malaysia tidak mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada orang Melayu sahaja di mana orang bukan Melayu juga boleh memegang jawatan itu.

Pun begitu Perkara 43 (7) Perlembagaan Persekutuan menghalang seseorang yang menjadi warganegara secara naturalisasi atau melalui pendaftaran di bawah Perkara 17 Perlembagaan daripada menjadi Perdana Menteri.

Kit Siang bagaimanapun berkata beliau tidak menjangkakan untuk melihat individu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri dalam hayatnya mahupun anak-anaknya.

“Saya mengemukakan soalan ini di Parlimen semasa perbahasan Bajet 2009 di Parlimen pada November 2008.

“Saya berkata ia tidak dapat difikirkan walaupun sehingga hari ini untuk mana-mana individu mempercayai berkemungkinan seseorang berkulit hitam, yang menjadi hamba kira-kira 150 tahun lalu, boleh menjadi Presiden Amerika Syarikat.

“Dengan kejayaan bersejarah Obama, ramai rakyat Malaysia bertanyakan sama ada Cina, India, Kadazan atau Dayak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun Perlembagaan amat jelas mana-mana warganegara Malaysia, tanpa mengira kaum atau agama boleh menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam Blog Lim Kit Siang pada Jumaat lalu.

Pemimpin veteran DAP itu berkata selepas enam dekad pembinaan negara, Malaysia tergelincir daripada negara bertaraf dunia kelas pertama kepada negara sederhana kelas kedua hingga menjadi sebuah negara dalam kemerosotan.

Katanya, persoalan penting ketika ini adakah Malaysia ditakdirkan menjadi sebuah negara yang berpecah, gagal dan kleptokrasi pada Centennial Malaysia 2057.

Beliau juga mempersoalkan adakah rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, mahupun wilayah dapat menetapkan semula dan kembali kepada prinsip pembinaan negara asal seperti dibawa bapa pengasas negara ini.

“Inilah persoalan paling penting di Malaysia hari ini, bukan persoalan retorik dan tidak berasas mengapa orang Melayu telah kehilangan kuasa ekonomi dan politik kepada orang bukan Melayu.

“…Tetapi sama ada rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau wilayah, boleh menetapkan semula dan kembali kepada prinsip pembinaan negara asal bapa pengasas negara kita untuk menyatukan semula masyarakat majmuk yang sangat terpolarisasi dan menjadikan Malaysia bertaraf dunia kelas pertama dengan sistem politik, ekonomi, pendidikan dan sosial bertaraf dunia dan bukannya berpecah-belah, gagal dan negara kleptokrat pada Seratus Tahun Malaysia pada 2057,” katanya.

Kit Siang berhasrat meneruskan kerja politik dalam DAP untuk membantu mewujudkan sebuah negara rakyat Malaysia tulen di mana setiap warganegara, tanpa mengira bangsa, bahasa atau agamanya, menganggap dirinya sebagai rakyat Malaysia yang diutamakan dan identiti kaumnya yang kedua.

Katanya, rakyat Malaysia daripada semua kaum perlu mempunyai lebih banyak persamaan antara satu sama lain berbanding dengan ‘saudara kandung’ mereka di China, India atau Indonesia. 

“Tanpa kita mencapai ini, Malaysia tidak boleh dikatakan telah menjadi ‘Negara Rakyat Malaysia’,” kata Kit Siang.  

Kit Siang berkata selepas enam abad pembangunan negara bangsa dan setengah kurun penerapan Rukun Negara, rakyat negara ini seharusnya bercakap tentang ‘Dilema Malaysia’, bukannya ‘Dilema Melayu’ atau ‘Dilema Bukan Melayu’.

Pemimpin veteran DAP itu berkata semua pandangan ini beliau luahkan selepas melihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meningkatkan retorik kaum selepas menyertai parti Putra. – The Merdeka Times

Sumber: Blog Lim Kit Siang

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tuntut henti sokong rejim Israel, Protes pelajar kolej seluruh AS meningkat

Semakin ramai pelajar kolej di seluruh Amerika Syarikat (AS) berkumpul memprotes sambil berkhemah dengan tuntutan seragam supaya institusi pendidikan mereka melupuskan hubungan urusniaga dengan Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Protes yang dilakukan oleh pelajar kolej di Amerika Syarikat.
  • Semakin ramai pelajar kolej di seluruh Amerika Syarikat (AS) berkumpul memprotes sambil berkhemah dengan tuntutan seragam supaya institusi pendidikan mereka melupuskan hubungan urusniaga dengan Israel.
  • Tuntutan itu termasuk hubungan kepada mana-mana syarikat yang menyokong berterusannya peperangan di Gaza.
  • Tuntutan itu berakar umbi dalam gerakan kempen Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) yang berpuluh tahun menentang dasar Israel terhadap Palestin.
  • Pergerakan itu mengambil kekuatan baharu apabila perang Israel-Hamas melepasi tempoh enam bulan dan kisah penderitaan di Gaza mencetuskan seruan antarabangsa untuk diadakan gencatan senjata.
  • Diilhamkan protes berterusan dan penangkapan minggu lepas lebih 100 pelajar di Universiti Columbia minggu lalu, ratusan pelajar dari Massachusetts hingga ke California kini berkumpul di persekitaran kampus.

Semakin ramai pelajar kolej di seluruh Amerika Syarikat (AS) berkumpul memprotes sambil berkhemah dengan tuntutan seragam supaya institusi pendidikan mereka melupuskan hubungan urusniaga dengan Israel.

Tuntutan itu termasuk hubungan kepada mana-mana syarikat yang menyokong berterusannya peperangan di Gaza.

Tuntutan itu berakar umbi dalam gerakan kempen Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) yang berpuluh tahun menentang dasar Israel terhadap Palestin.

Pergerakan itu mengambil kekuatan baharu apabila perang Israel-Hamas melepasi tempoh enam bulan dan kisah penderitaan di Gaza mencetuskan seruan antarabangsa untuk diadakan gencatan senjata.

Diilhamkan protes berterusan dan penangkapan minggu lepas lebih 100 pelajar di Universiti Columbia minggu lalu, ratusan pelajar dari Massachusetts hingga ke California kini berkumpul di persekitaran kampus.

Mereka bertindak mendirikan khemah dan berjanji untuk kekal sehingga tuntutan mereka dipenuhi.

Ketua protes di Universiti Columbia, Mahmoud Khalil menyatakan pelajar di universiti itu mendesak pelupusan hubungan dengan Israel sejak 2002.

“Kami mahu dilihat.

“Universiti harus melakukan sesuatu mengenai apa yang kami minta, mengenai genosid yang berlaku di Gaza. Mereka harus berhenti melabur dalam genosid ini,” katanya dipetik Portland Pressherald.

Sekurang-kurangnya 34,262 rakyat Palestin terbunuh dan 77,229 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu. Angka kematian di Israel akibat serangan Hamas pula merekodkan 1,139 orang dengan puluhan dilaporkan masih ditawan di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending