Politik
‘Jika DAP ada 148 kerusi pun, Perlembagaan berkait kedudukan Islam dan Melayu tidak boleh dipinda’ – Asyraf Wajdi

- “Apakah mungkin berlakunya pindaan Perlembagaan? Tidak mungkin, kerana nak pinda Perlembagaan, mesti ada 148 (kerusi) DAP hanya ada 40. Mana mungkin untuk meminda Perlembagaan.
- “Katakan DAP ada 148 (kerusi) sekalipun, tidak mungkin boleh meminda Perlembagaan yang melibatkan kedudukan Islam dan Melayu Bumiputera Perkara 3, Perkara 153 sekiranya ia tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu,” — Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
KUALA LUMPUR — Sekalipun DAP mempunyai 148 kerusi di Parlimen, ia tidak memungkinkan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kedudukan Islam dan Melayu Bumiputera dipinda.
Demikian jaminan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menjelaskan bahawa sebarang pindaan Perlembagaan membabitkan kedudukan Islam dan Melayu, Bumiputera – iaitu Perkara 3 dan 153 tidak akan berlaku jika tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.
Katanya, itu adalah perkara asas yang perlu difahami supaya segala fitnah dan tohmahan yang menyatakan seolah-olah UMNO hari ini akan menjual negara, perjuangan Islam dan bangsanya kepada orang lain (dihentikan).
“Apakah mungkin berlakunya pindaan Perlembagaan? Tidak mungkin, kerana nak pinda Perlembagaan, mesti ada 148 (kerusi) DAP hanya ada 40. Mana mungkin untuk meminda Perlembagaan.
“Katakan DAP ada 148 (kerusi) sekalipun, tidak mungkin boleh meminda Perlembagaan yang melibatkan kedudukan Islam dan Melayu Bumiputera Perkara 3, Perkara 153 sekiranya ia tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu,” katanya menerusi klip video bertajuk, “Siri #2 Bongkar Fitnah Islam Terancam” yang dimuat naik di Facebook hari ini. — The Merdeka Times

You must be logged in to post a comment Login