Connect with us

Ekonomi

Mutiara Perlis peroleh 15 unit peralatan pengendalian kontena Kalmar bernilai RM17 juta

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Mutiara Perlis Sdn Bhd (MPSB) pemaju dan pengendali projek Perlis Inland Port (PIP).
  • Mutiara Perlis Sdn Bhd (MPSB) menandatangani perjanjian strategik RM17 juta bagi pemerolehan 15 unit peralatan pengendalian kontena baharu jenama Kalmar yang dilaksanakan melalui rakan kongsi dilantik, Mach 1 Group.
  • Perjanjian itu menandakan permulaan kerjasama jangka panjang yang bertujuan mentransformasikan Perlis Inland Port (PIP) menjadi hab logistik masa depan bagi Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
  • Dengan peralatan baharu itu, Mutiara Perlis di kedudukan terbaik untuk menggandakan kapasiti pengendalian kargo, sekali gus menyokong matlamat mencapai kapasiti satu juta TEU (twenty-foot equivalent unit) setahun apabila projek tersebut siap sepenuhnya.

KUALA LUMPUR — Mutiara Perlis Sdn Bhd (MPSB) pemaju dan pengendali projek Perlis Inland Port (PIP) dalam langkah memperkukuh infrastruktur logistik darat Malaysia telah menandatangani perjanjian strategik bernilai RM17 juta bagi pemerolehan 15 unit peralatan pengendalian kontena baharu jenama Kalmar yang akan dilaksanakan melalui rakan kongsi dilantik, Mach 1 Group.

Dalam kenyataan bersama, mereka berkata perjanjian itu menandakan permulaan kerjasama jangka panjang yang bertujuan mentransformasikan Perlis Inland Port (PIP) menjadi hab logistik masa depan bagi Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Jelasnya, pakej peralatan diperoleh merangkumi enam unit Kalmar Reach Stacker, tiga unit Empty Container Handler dan enam unit Terminal Tractor, yang direka khusus untuk memenuhi keperluan operasi pergerakan kargo multimodal di PIP.

Dengan peralatan baharu itu, Mutiara Perlis dikatakan berada pada kedudukan terbaik untuk menggandakan kapasiti pengendalian kargo, sekali gus menyokong matlamat mencapai kapasiti satu juta TEU (twenty-foot equivalent unit) setahun apabila projek tersebut siap sepenuhnya.

“Pemerolehan ini merupakan satu langkah penting dalam usaha kami untuk menjadikan PIP sebagai peneraju dalam perkhidmatan pelabuhan darat.

“Kami bukan sekadar melabur dalam peralatan, tetapi juga melabur dalam masa depan logistik negara dan transformasi negeri Perlis” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mutiara Perlis, Wan Ahmad Zaheed Wan Mohamad dalam kenyataan tersebut.

Foto: Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mutiara Perlis, Wan Ahmad Zaheed Wan Mohamad berucap di majlis tersebut.

Kenyataan itu dikeluarkan pada Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Peralatan Antara Kalmar, Kumpulan Mach 1 dan MPSB yang diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Turut hadir adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan MPSB, Datuk Shabaruddin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Mach1 Group, Pan Chee Seng dan Naib Presiden, Kalmar Asia- Middle East & Africa (AMEA), Teo Yew Boon.

Pemerolehan peralatan pengendalian kontena itu dilaksanakan melalui Mach 1, pengedar sah Kalmar di Malaysia sejak tahun 2023, yang dikenali dengan kepakaran serantau serta rekod pencapaian yang kukuh dalam operasi pelabuhan. Mesin tersebut telah dibeli daripada Kalmar pada 2024.

 

Foto: Pengerusi Eksekutif Kumpulan MPSB, Datuk Shabaruddin Ibrahim (dua dari kanan-kot hitam kemeja biru) menyaksikan acara tanda tangan tersebut.

Menjelaskan tentang PIP, kenyataan itu berkata ia terletak secara strategik dalam Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) dan berdekatan sempadan Malaysia-Thailand, serta dirangka sebagai pemangkin perubahan dalam landskap logistik serantau, menghubungkan laluan perdagangan dari Malaysia ke Thailand, Laos dan China melalui Rangkaian Rel Pan-Asia.

Jelasnya lagi, Fasa 1 PIP dijadualkan siap pada Julai 2025, terminal darat itu dijangka akan mengendalikan 300,000 TEU setahun, lebih daripada dua kali ganda jumlah 130,000 TEU yang sedang diproses di Padang Besar Container Terminal.

Projek itu dijangka akan mencipta lebih 500 peluang pekerjaan baharu, merangsang aliran perdagangan serantau, dan mengurangkan kesesakan di pelabuhan laut pesisir yang sesak. la juga akan memperkukuh kedudukan Perlis sebagai pemain utama dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). — The Merdeka Times



Author