Connect with us

Terkini

Memualkan, demi jawatan, sanggup semeja dengan bekas ‘perompak’ – Setiausaha Agung MCA

Published

on

Foto: Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon.
  • Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon, dikatakan mengkritik Anthony Loke kerana didakwa berubah pendirian sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum yang lalu.
  • Tanpa menamakan Anthony Loke secara langsung, Sin Woon menyatakan individu yang sebelum ini bersungguh-sungguh menggelar Ahmad Zahid sebagai “perompak” ketika PRU 2022 kini sanggup bekerjasama dan bermesyuarat dengannya setiap minggu demi jawatan, malah mempamerkan gambar tersebut di media sosial dengan bangga.
  • “Semasa PRU 2022, mereka menjerit bahawa Zahid ialah perompak. Sekarang demi jawatan, dapat duduk bersama Zahid setiap minggu dalam mesyuarat pun sudah gembira dan bangga, malah perlu memuat naik gambar untuk ditunjukkan kepada orang ramai. Memualkan,” katanya yang dipetik Oriental Daily.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon, dikatakan mengkritik Anthony Loke kerana didakwa berubah pendirian sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum yang lalu. 

Ia susulan tindakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memuat naik gambar bersama anggota Kabinet bagi membalas kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengenai pendirian “tidak mahu semeja dengan DAP”,

Tanpa menamakan Anthony Loke secara langsung, Sin Woon menyatakan individu yang sebelum ini bersungguh-sungguh menggelar Ahmad Zahid sebagai “perompak” ketika PRU 2022 kini sanggup bekerjasama dan bermesyuarat dengannya setiap minggu demi jawatan, malah mempamerkan gambar tersebut di media sosial dengan bangga.

“Semasa PRU 2022, mereka menjerit bahawa Zahid ialah perompak. Sekarang demi jawatan, dapat duduk bersama Zahid setiap minggu dalam mesyuarat pun sudah gembira dan bangga, malah perlu memuat naik gambar untuk ditunjukkan kepada orang ramai. Memualkan,” katanya dalam satu hantaran Facebook yang dipetik Oriental Daily.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor sementara, Onn Hafiz Ghazi, ketika majlis pelancaran jentera pilihan raya menegaskan bahawa UMNO Johor tidak akan bekerjasama dengan DAP dalam pentadbiran negeri.

Beliau berkata bahawa beliau “lebih rela meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar daripada duduk semeja dengan DAP”.

Mengulas pendirian tegas UMNO Johor itu, Loke membalas menerusi Facebook dengan memuat naik sekeping gambar mesyuarat Kabinet mingguan yang menunjukkan beliau duduk bersebelahan Ahmad Zahid Hamidi di meja mesyuarat.

Anthony Loke menulis: “Jika anda tidak mahu duduk semeja dengan DAP, baiklah. Teruskanlah dengan sikap angkuh itu.”

“Tetapi pengerusi anda masih duduk di sebelah Setiausaha Agung DAP setiap minggu. Sekadar makluman, terima kasih,” katanya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author