Connect with us

Terkini

Rule of Law: Jangan hanya dakwa Tamim Dahri, Siasat semua laporan – Peguam

Published

on

Foto: Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
  • Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar  berkata walaupun Tamim Dahri telah direman dan didakwa di mahkamah, masih terdapat beberapa laporan polis yang dibuat oleh beliau serta individu lain yang memenuhi keperluan untuk disiasat.
  • “Prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) menuntut agar setiap individu adalah sama di sisi undang-undang.
  • “Tiada sesiapa yang seharusnya diberi layanan istimewa atau dikecualikan daripada tindakan hanya kerana latar belakang, pengaruh, kedudukan atau sokongan yang dimiliki,” katanya.

KUALA LUMPUR – Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memastikan setiap laporan polis yang dibuat berkaitan aktivis, Tamim Dahri dan individu lain diberikan perhatian sewajarnya serta disiasat secara profesional, bebas dan tanpa sebarang unsur pilih kasih.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata walaupun Tamim Dahri telah direman dan didakwa di mahkamah, masih terdapat beberapa laporan polis yang dibuat oleh beliau serta individu lain yang memenuhi keperluan untuk disiasat.

“Tamim Dahri telah direman dan dituduh di mahkamah. Tetapi terdapat laporan-laporan polis yang telah dibuat oleh beliau dan individu lain memenuhi keperluan untuk disiasat. 

“PDRM hendaklah memastikan setiap laporan tersebut diberikan perhatian sewajarnya serta disiasat secara profesional, bebas dan tanpa sebarang unsur pilih kasih,” katanya.

Menurut Zainul Rijal, prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) menuntut supaya setiap individu dilayan sama rata di sisi undang-undang tanpa mengira latar belakang, pengaruh, kedudukan atau sokongan yang dimiliki.

“Prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) menuntut agar setiap individu adalah sama di sisi undang-undang. 

“Tiada sesiapa yang seharusnya diberi layanan istimewa atau dikecualikan daripada tindakan hanya kerana latar belakang, pengaruh, kedudukan atau sokongan yang dimiliki,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa seseorang tidak seharusnya dihukum hanya berdasarkan persepsi masyarakat tanpa melalui proses perundangan yang adil.

“Begitu juga, tiada seseorang patut dihukum semata-mata berdasarkan persepsi awam tanpa melalui proses perundangan yang adil,” katanya.

Dalam pada itu, Zainul Rijal berpandangan persepsi bahawa sesuatu laporan polis tidak disiasat atau tidak diambil tindakan boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi penguatkuasaan.

“Dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, persepsi bahawa sesuatu laporan polis tidak disiasat atau tidak diambil tindakan boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi penguatkuasaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan, malah perlu dilihat ditegakkan melalui penguatkuasaan undang-undang yang konsisten dan tidak bersifat selektif.

“Keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan, malah hendaklah dilihat ditegakkan. Hanya melalui penguatkuasaan yang konsisten dan tidak bersifat selektif, keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan jenayah dapat terus dipelihara,” katanya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author