Terkini
Aktivis Flotilla dikurung dalam ‘penjara kontena kapal’, diseksa, dirogol
- Aktivis pro-Palestin, Meriem Hadjal, dari Perancis mendakwa beliau menjadi mangsa serangan seksual yang disifatkannya sebagai “antara yang paling mengerikan dan tidak berperikemanusiaan” selepas bot misi Flotilla ke Gaza dinaikinya dipintas di perairan antarabangsa.
- Meriem turut mendakwa sebuah “penjara” telah diwujudkan di atas kapal berkenaan yang terdiri daripada empat kontena, dengan salah satu daripadanya digunakan untuk menempatkan tahanan yang menjadi mangsa seks dan penyeksaan.
PARIS – Seorang aktivis pro-Palestin dari Perancis mendakwa beliau menjadi mangsa serangan seksual yang disifatkannya sebagai “antara yang paling mengerikan dan tidak berperikemanusiaan” selepas bot misi kemanusiaan ke Gaza yang dinaikinya dipintas di perairan antarabangsa.
Meriem Hadjal, 38, yang terlibat dengan pertubuhan Waves of Freedom France, berkata beliau menyertai misi Flotilla yang bertujuan mencabar sekatan ke atas Gaza yang menurutnya telah dikenakan sejak 2007.
Menurut Meriem, bot yang dinaikinya dipintas pada 18 Mei lalu sekitar jam 3 petang apabila sekumpulan anggota tentera Israel menaiki kapal tersebut.
“Saya mendengar rakan-rakan saya menjerit di dalam kontena itu. Saya ketakutan dan menyangka saya akan dirogol,” katanya dalam satu rakaman video yang disiarkan Anadolu.
Beliau mendakwa selepas pemeriksaan pasport dan pengesahan identiti, para penumpang dibawa seorang demi seorang ke dalam sebuah kontena yang digelar sebagai “bilik hitam”.
Menurut dakwaannya, lelaki dan wanita yang ditahan di dalam kontena tersebut telah dipukul, diserang secara seksual, diseksa dan dirogol.
“Ramai antara kami mengalami trauma fizikal dan juga trauma psikologi,” katanya.
Meriem turut mendakwa sebuah “penjara” telah diwujudkan di atas kapal berkenaan yang terdiri daripada empat kontena, dengan salah satu daripadanya digunakan untuk menempatkan tahanan yang menurutnya menjadi mangsa penderaan dan penyeksaan.
Beliau menyifatkan pengalaman itu sebagai antara episod paling mengerikan yang pernah dilaluinya. – The Merdeka Times