Connect with us

Terkini

Bagaimana mahu jadi PM saat tidak faham agama Islam dan kedudukan raja-raja?

Rakyat Malaysia perlukan Perdana Menteri yang mempunyai semangat patriotisme, nasionalisme dan pematuhan kepada intipati Perlembagaan Persekutuan yang mutlak.

Hidayah Sani

Published

on

Bagaimana mahu jadi PM saat tidak faham agama Islam dan kedudukan raja-raja?
Foto: Lim Kit Siang (kiri), Mohamed Haniff Khatri Abdulla (kanan).
  • Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata demikian mengulas kenyataan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang mengatakan Perkara 43 dalam Perlembagaan Malaysia tidak hadkan jawatan Perdana Menteri kepada Melayu sahaja di mana bukan Melayu juga boleh memegang jawatan itu.
  • “Bagaimanakah kita nak ada perdana menteri yang tidak faham unsur-unsur utama agama Islam begitu juga kedudukan raja-raja…jadi tu yang kita perlu pupukan.”
  • PM bukan beragama Islam atau bukan Melayu perlu fasih bahasa kebangsaan yakni Bahasa Melayu.
  • PM perlu hormati kedudukan agama Islam serta keperluan dan keistimewaan orang Melayu juga peribumi seperti mana diperuntukkan dalam Perlembagaan begitu juga dengan kedudukan raja-raja.
  • “Itu yang saya percaya rakyat majoriti hendak lihat… adakah kita mempunyai pemimpin politik bukan Islam bukan Melayu yang mengisi dan memenuhi faktor-faktor tersebut? Saya percaya ada tapi bukan majoriti.”
  • Haniff berkata demikian di Youtube MalayaDailyCom pada Rabu.

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia perlukan Perdana Menteri yang mempunyai semangat patriotisme, nasionalisme dan pematuhan kepada intipati Perlembagaan Persekutuan yang mutlak.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata demikian ketika mengulas kenyataan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang mengatakan Perkara 43 dalam Perlembagaan Malaysia tidak mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada orang Melayu sahaja di mana bukan Melayu juga boleh memegang jawatan itu.

Haniff menjelaskan sekalipun perdana menteri bukan beragama Islam atau bukan Melayu beliau perlu fasih menggunakan bahasa kebangsaan yakni Bahasa Melayu untuk menjadikan beliau sebagai rakyat Malaysia yang lengkap.

Selain itu, katanya perdana menteri tersebut perlu menghormati kedudukan agama Islam serta keperluan dan keistimewaan orang Melayu juga peribumi seperti mana diperuntukkan dalam Perlembagaan begitu juga dengan kedudukan raja-raja.

“Itu yang saya percaya rakyat majoriti hendak lihat… adakah kita mempunyai pemimpin politik bukan Islam bukan Melayu yang mengisi dan memenuhi faktor-faktor tersebut? Saya percaya ada tapi bukan majoriti.

“Maka telah tiba masanya siapa pun kita… saudara-saudara rakyat Malaysia walau apa bangsa, agama atau bahasa sekalipun asal usulnya perlulah menitikberatkan semangat patriotisme dengan menghalusi, mengambil kira penggunaan bahasa Melayu dan hormat kepada faktor-faktor lain yang disentuh (sebelum ini) secara suci hati, ikhlas dan jujur.

“Bagaimanakah kita nak ada perdana menteri bercakap bahasa Melayu pasar? Bagaimanakah kita nak ada perdana menteri yang tidak faham unsur-unsur utama agama Islam begitu juga kedudukan raja-raja…jadi tu yang kita perlu pupukan,” katanya dalam satu kenyataan di Youtube MalayaDailyCom pada Rabu.

Advertisement

Haniff berkata, perkara itu jugalah yang masyarakat hari ini belum kecapi walaupun sudah merdeka sejak lebih 60 tahun lalu.

Katanya, lebih malang apabila hari ini ada pendatang-pendatang dari negara luar yakni bukan warganegara Malaysia bekerja di sini lebih fasih menggunakan bahasa Melayu berbanding rakyat Malaysia sendiri.

Menurutnya, di negara lain terdapat perdana menteri yang dilantik walaupun bukan bangsa asal negara itu antaranya; Obama di Amerika Syarikat; Thaksin di Thailand; Aquino di Filipina.

Beliau berkata, bahkan baru-baru ini di England perdana menteri berketurunan India dilantik di negara berkenaan.

“Tetapi adakah kita teliti keempat-keempat dan ramai lagi yang menjadi perdana menteri atau ketua kerajaan ini sebenar-benarnya mempunyai identiti negara itu? Hampir 100 peratus dan tidak memegang kepada hak dan kedudukan mereka sebagai bangsa asal? Itu yang kita nak. 

“Kalau kita mempunyai calon ataupun pemimpin yang memenuhi intipati tersebut saya percaya bukan sahaja saya … ramai di luar tiada masalah tentang bukan Islam atau Melayu jadi Perdana Menteri Malaysia.

Advertisement

“Saya harap dalam masa yang kita ada dan dengan keyakinan, keikhlasan, ketelusan rakyat Malaysia akan sampai ke tahap itu jangan kita berbelah bahagi  dalam kepentingan penguasaan bahasa Melayu sebab ia bahasa kebangsaan,” katanya. – The Merdeka Times.

Sumber: Youtube MalayDailyCom

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending