Terkini
‘Bila DUN Negeri Sembilan nak dibubarkan?’ – Neow sindir Loke
- Sambil menyindir keyakinan tinggi yang ditunjukkan pemimpin DAP itu pada Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor sebelum ini, Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong mempersoalkan bilakah pentadbiran di Negeri Sembilan akan mengambil langkah serupa.
- “Merujuk kepada kenyataan penuh yakin Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke semasa Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang diadakan di Johor pada 17 Mei lepas, ramai yang bertanya, bila masa DUN Negeri Sembilan nak dibubarkan?
- “Sudah 24 jam DUN Johor dibubarkan. Tanya saja, jangan kecam,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong secara sinis bertanya kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mengenai bilakah Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dibubarkan susulan pembubaran rasmi DUN Johor baru-baru ini.
Sambil menyindir keyakinan tinggi yang ditunjukkan pemimpin DAP itu pada Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor sebelum ini, Choo Seong mempersoalkan bilakah pentadbiran di Negeri Sembilan akan mengambil langkah serupa.
“Merujuk kepada kenyataan penuh yakin Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke semasa Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang diadakan di Johor pada 17 Mei lepas, ramai yang bertanya, bila masa DUN Negeri Sembilan nak dibubarkan?
“Sudah 24 jam DUN Johor dibubarkan. Tanya saja, jangan kecam,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Suasana Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor baru-baru ini dilaporkan bertukar gamat apabila Loke melontar cadangan supaya PH bertanding di semua 36 kerusi DUN Negeri Sembilan.
Pengerusi DAP Negeri Sembilan itu berkata, 36 kerusi yang akan PH ditandingi selari dengan pengumuman dibuat BN Johor yang mahu bergerak solo bertanding di 56 kerusi DUN pada PRN kali ini.
“Kalau Johor nak lawan 56 DUN, Negeri Sembilan pun kita lawan 36 DUN. Kalau Johor bubar esok, Negeri Sembilan pun boleh bubar esok,” katanya.
Kelmarin, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran DUN Johor.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail. – The Merdeka Times