Connect with us

Antarabangsa

Peneroka haram Yahudi cetus provokasi, sekat azan subuh di Masjid al-Aqsa

Peneroka haram Yahudi berterusan mencetuskan provokasi apabila kali ini bertindak menghalang azan Subuh dilaungkan di Masjid al-Aqsa.

Wartawan TMT

Published

on

Peneroka haram Yahudi cetus provokasi, sekat azan subuh di Masjid al-Aqsa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Yahudi mencetuskan provokasi apabila kali ini bertindak menghalang azan Subuh dilaungkan di Masjid al-Aqsa.
  • Kejadian berlaku apabila puluhan peneroka Israel memenuhi kawasan sekitar masjid sempena perarakan tahunan bagi meraikan ulang tahun pendudukan negara haram itu.
  • Terdahulu, ribuan rakyat Israel mengibarkan bendera sambil mengelilingi kawasan Old City di Baitulmaqdis sempena perarakan itu.
  • Kawasan itu juga dikawal ketat tentera pengganas Israel, sekali gus menghalang penduduk Palestin daripada memasuki masjid berkenaan.

BAITULMAQDIS, 28 Syawal 1444H, Jumaat – Peneroka haram Yahudi berterusan mencetuskan provokasi apabila kali ini bertindak menghalang azan Subuh dilaungkan di Masjid al-Aqsa.

Kejadian berlaku apabila puluhan peneroka Israel memenuhi kawasan sekitar masjid sempena perarakan tahunan bagi meraikan ulang tahun pendudukan negara haram itu.

Terdahulu, ribuan rakyat Israel mengibarkan bendera sambil mengelilingi kawasan Old City di Baitulmaqdis sempena perarakan itu.

Kawasan itu juga dikawal ketat tentera pengganas Israel, sekali gus menghalang penduduk Palestin daripada memasuki masjid berkenaan.

Beberapa kedai di sekitar Old City juga diarahkan tutup bagi memudahkan kumpulan peneroka memasuki kawasan dan mengelakkan pertempuran antara penduduk Palestin ketika memasuki Pintu Damsyik.

Sementara itu, Kementerian Luar Mesir dalam kenyataan mengecam tindakan peneroka haram termasuk anggota kerajaan dan Ahli Parlimen Israel menyerbu Masjid al-Aqsa.

Kementerian itu turut menyelar perarakan bendera Israel yang berisiko memburukkan ketegangan di wilayah berkenaan, sekali gus menggesa Israel menghormati status quo yang menetapkan Masjid al-Aqsa sebagai hak milik tunggal umat Islam.- Agensi

Advertisement

Sumber: Ismaweb

Author

Antarabangsa

Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung

Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
  • “Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
  • Penghakiman itu diperoleh daripada kes dikemukakan seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
  • Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
  • Mahkamah berpangkalan di Luxembourg berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia diguna secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.

Brussels: Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

“Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.

Penghakiman itu diperoleh daripada kes yang dikemukakan oleh seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.

Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.

Mahkamah yang berpangkalan di Luxembourg itu berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia digunakan secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.

Lagipun, ia terhad kepada perkara yang sangat diperlukan.

Keputusan yang sah untuk pejabat sektor awam di seluruh EU menyokong penghakiman mahkamah EU sebelumnya yang mendapati larangan sedemikian sah di tempat kerja sektor swasta.

Advertisement

Ia berkata, mahkamah negara harus memutuskan kebolehgunaan larangan itu.

Pejabat awam juga boleh mempunyai dasar mengehadkan larangan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan orang ramai, atau memutuskan untuk membenarkan pemakaian tanda agama atau falsafah kepercayaan boleh dilihat.

“Setiap negara anggota, dan mana-mana badan infra-negeri dalam rangka kerja kecekapannya, mempunyai margin budi bicara dalam mereka bentuk neutraliti perkhidmatan awam yang ingin dipromosikan di tempat kerja, bergantung pada konteksnya sendiri.

“Bagaimanapun, objektif itu mesti diteruskan dengan cara yang konsisten dan sistematik.

“Langkah yang diambil untuk mencapainya mesti dihadkan kepada apa yang sangat diperlukan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending