Terkini
KJ, bekas ahli parti usah campur urusan UMNO – Saarani
Bekas ahli UMNO tidak perlu mencampuri urusan parti itu, jika hanya berniat untuk mengadu domba serta mencetuskan provokasi dalam parti.

- Bekas ahli UMNO tidak perlu mencampuri urusan parti itu, jika hanya berniat untuk mengadu domba serta mencetuskan provokasi dalam parti.
- Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, menegaskan parti itu bukan bersikap sombong apabila enggan melayan kritikan yang dibuat bekas ahlinya, tetapi tidak mahu itu menjadi satu proses mengadu domba dan provokasi.
- “Agak sukar apabila ketika ini orang di luar UMNO yang banyak bercakap mengenai parti ini. Kalau sudah bukan ahli UMNO, tak perlu masuk campur hal parti.
- “Bukan bermakna kita sombong sampai tak dengar cakap orang lain. Tetapi janganlah ia menjadi satu proses mengadu domba dan provokasi. Tak perlu, tak perlu. Cukuplah dengan apa yang telah kita lalui selama ini,” katanya kepada pemberita ketika hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan dan Kotak Global Sdn Bhd bagi Program Mahasiswa Perak Sejahtera 2030 di sini semalam.
- Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan dibuat Pemuda UMNO Perak, sayap itu enggan melayan sebarang kritikan yang dibuat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, selepas dipecat daripada parti.
IPOH: Bekas ahli UMNO tidak perlu mencampuri urusan parti itu, jika hanya berniat untuk mengadu domba serta mencetuskan provokasi dalam parti.
Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, menegaskan parti itu bukan bersikap sombong apabila enggan melayan kritikan yang dibuat bekas ahlinya, tetapi tidak mahu itu menjadi satu proses mengadu domba dan provokasi.
“Agak sukar apabila ketika ini orang di luar UMNO yang banyak bercakap mengenai parti ini. Kalau sudah bukan ahli UMNO, tak perlu masuk campur hal parti.
“Bukan bermakna kita sombong sampai tak dengar cakap orang lain. Tetapi janganlah ia menjadi satu proses mengadu domba dan provokasi. Tak perlu, tak perlu. Cukuplah dengan apa yang telah kita lalui selama ini.
“Terima kasihlah sebab ramai berminat untuk bercakap perkara yang berkaitan dengan UMNO, tetapi UMNO yang akan buat keputusan. Apa pun keadaannya, UMNO yang akan buat keputusan.
“Kepada mereka yang berada di luar UMNO, sama ada bekas ahli UMNO dan sebagainya, terima kasih saya ucapkan kerana masih lagi prihatin dan ada rasa cinta kepada UMNO,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan dan Kotak Global Sdn Bhd bagi Program Mahasiswa Perak Sejahtera 2030, di sini, semalam.
Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan dibuat Pemuda UMNO Perak, sayap itu enggan melayan sebarang kritikan yang dibuat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, selepas dipecat daripada parti.
Beliau berkata, UMNO kini sudah berada di landasan betul dan biarlah segala kerosakan dalaman UMNO diperbaiki oleh kepimpinan UMNO yang baharu.
“Perkara yang patut ditinggalkan, sudah ditinggalkan dan yang patut melalui pemutihan juga, sudah diputihkan. Jadi sekarang, biar kepimpinan UMNO yang baharu memperbaiki segala kerosakan yang mungkin telah berlaku. Kita nak terus bergerak, melihat ke hadapan,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular