Connect with us

Politik

Politik Kelantan, Terengganu masih ‘dibelenggu’ sentimen kononnya Islam dan Melayu terancam

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
  • Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki banyak usaha dilakukan kerajaan pusat ketika ini untuk memperkasakan syiar Islam, namun seakan-akan tidak kelihatan segelintir rakyat di negeri berkenaan kerana hasutan pihak tertentu.
  • Asyraf mempersoalkan dalam tempoh tiga tahun ini, dimana dikatakan Islam dan Melayu terancam malah isu seperti penguatkuasaan ladang durian Musang King turut dilakukan MB Pahang.
  • Terdapat agenda lebih besar yang sering dinafikan, iaitu manfaat dinikmati anak Melayu dan Bumiputera melalui agensi seperti MARA.
  • Berapa ramai anak Melayu dan Bumiputera yang boleh kita dapat manfaat daripada agenda Islam.
  • Elaun 34,000 guru KAFA ditambah bagi memastikan anak menguasai al-Quran di peringkat sekolah rendah, dan tiada satu sekolah agama di bawah KPM ditutup.

KUALA LUMPUR — Sentimen agama kononnya Islam dan Melayu terancam masih ‘membelenggu’ politik di negeri Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu yang dikuasai PAS.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan kehairanan tentang mengapa sentimen itu masih menjadi senjata ampuh untuk menakut-nakutkan orang Melayu di negeri berkenaan.

Sedangkan menurut beliau, banyak usaha dilakukan kerajaan pusat ketika ini untuk memperkasakan syiar Islam, namun apa dilaksanakan itu seakan-akan tidak kelihatan oleh segelintir rakyat di negeri berkenaan kerana hasutan pihak tertentu.

“Insya-Allah saya yakin kalau rakyat sudah mula sedar dan mula menyedari kalau kita hanya bermain dengan sentimen agama, Islam terancam, Melayu terancam sampai bila?

“Tiga tahun ini, mana dikatakan Islam, Melayu terancam? Ladang durian Musang King pula siapa yang laksanakan penguatkuasaan kalau bukan Menteri Besar Pahang. Isu syarikat swasta ambil alih tanah Kampung Baru yang tiada kaitan dengan Kampung Baru pun. Ini antara contoh.

“Itu satu perkara yang akhirnya kita menafikan bahawa ada agenda yang lebih besar lagi iaitu berapa ramai anak Melayu dan Bumiputera dapat manfaat daripada agenda yang diteruskan oleh MARA contohnya.

“Berapa ramai anak Melayu dan Bumiputera yang boleh kita dapat manfaat daripada agenda Islam. Seramai 34,000 guru KAFA ditambah elaun untuk memastikan anak kita al-Qurannya mesti selesai waktu di sekolah rendah, guru pendidikan Islam, sekolah agama di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) tidak ada satu pun ditutup,” katanya dipetik BH pada Ahad.

Dengan bermacam-macam agenda pemerkasaan syiar Islam yang dilaksanakan ketika ini, Asyraf Wajdi hairan mengapa masih ada pihak mempersoal usaha murni Kerajaan Perpaduan.

Walaupun Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pernah menyampaikan cek bernilai RM30 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Persendirian Cina, beliau menegaskan ia bukan bermaksud Islam, Melayu serta Bumiputera terancam.

“Orang persoalkan termasuk orang UMNO sendiri, kenapa Anthony Loke diberikan kebenaran menyampaikan cek kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan Persendirian Cina sebanyak RM25 juta. Saya kata bukan RM25 juta tapi RM30 juta. Lagi mereka marah.

“Saya kata bukan zaman ini saja, zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam (kerajaan ketika) itu ada PAS pun (diberikan) RM30 juta. Zaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (sebagai Perdana Menteri) dalam (kerajaan) itu ada PAS pun RM30 juta. Zaman BN sewaktu Datuk Seri Najib Razak pun kadang-kadang (sehingga) RM35 juta. Tetapi semua itu one-off.

“Tetapi apakah kita adil sebagai pemimpin mempersoalkan RM30 juta sedangkan berapa yang kita belanjakan untuk 588 sekolah agama bantuan kerajaan, 69 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 13 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) berorientasikan Islam.

“Semua ini tak termasuk 100,002 guru Pendidikan Islam di bawah bahagian Pendidikan Islam KPM. Belanja setiap tahun untuk sektor ini saja tak kurang daripada RM2.3 bilion,” katanya. — The Merdeka Times

Author