Terkini
Polis tahan lelaki muat naik kenyataan bersifat provokasi perkauman
Seorang lelaki ditahan polis dipercayai memuat naik kenyataan bersifat provokasi perkauman dan berunsur hasutan di Twitter baru-baru ini.

- Seorang lelaki ditahan polis dipercayai memuat naik kenyataan bersifat provokasi perkauman dan berunsur hasutan di Twitter baru-baru ini.
- Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, suspek berusia 33 tahun itu ditahan di Bagan Serai, Perak.
- Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
- Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial dengan mengeluarkan kenyataan mengaibkan, mengundang kemarahan selain menimbulkan rasa benci kepada agama, kaum dan raja.
PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan polis dipercayai memuat naik kenyataan bersifat provokasi perkauman dan berunsur hasutan di Twitter baru-baru ini.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, suspek berusia 33 tahun itu ditahan di Bagan Serai, Perak.
Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman.
“Dalam tangkapan itu, kita turut merampas telefon bimbit dan sekeping kad sim milik suspek,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurutnya, permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini hingga 11 Mei.
Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial dengan mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan, mengundang kemarahan selain menimbulkan rasa benci kepada agama, kaum dan raja.
“Perbuatan seumpama boleh mencetuskan ketidakharmonian dan menjejaskan perpaduan.
“Tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat.
Baru-baru ini, pemilik Twitter @hezryhaizad telah mengeluarkan beberapa kenyataan bersifat provokasi perkauman sehingga boleh menganggu ketenteraman awam. – Utusan
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular