Agama
Haram lelaki pakai emas – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

- Hukum pemakaian emas bagi lelaki dengan tujuan perhiasan atau selain daripada perubatan seperti pen diletak dipoket dan jam tangan adalah tidak dibolehkan.
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkata ia berdalilkan sebuah hadis daripada Saidina Ali bin Abi Talib RA; Sesungguhnya Nabi SAW mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan kanannya, dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda: Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki. (Musnad Ahmad, No. 935).
- Kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan berkenaan hukum sekiranya seorang lelaki memakai emas.
KUALA LUMPUR — Hukum pemakaian emas bagi lelaki dengan tujuan perhiasan atau selain daripada perubatan seperti pen diletak dipoket dan jam tangan adalah tidak dibolehkan.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkata ia berdalilkan sebuah hadis daripada Saidina Ali bin Abi Talib RA; Sesungguhnya Nabi SAW mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan kanannya, dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda: Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki. (Musnad Ahmad, No. 935)
“Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda: Halal bagi umatku yang perempuan, dan haram bagi kaum lelaki dalam umatku. Hadis riwayat Imam Ahmad (19502)
“(Imam) Al-Syaukani berkata: Hadis ini merupakan dalil yang digunakan jumhur ulama yang berpendapat bahawa sutera dan emas haram bagi lelaki dan harus bagi wanita. Lihat (kitab) Nail al-Autar (2/98).
“Ini kerana Nabi SAW menyebut dengan jelas lagi sarih tentang pengharaman pemakaian sutera asli dan emas bagi lelaki. Adapun jika digunakan sebagai pinggan mangkuk, maka diharamkan sama ada bagi lelaki atau wanita,” katanya menerusi kenyataan diterbitkan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di sini pada 1 April 2016 bertajuk, ‘Emas dan sutera haram bagi lelaki’.
Kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan berkenaan hukum sekiranya seorang lelaki memakai emas.
Mengulas lanjut, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkata bagaimanapun jika seorang lelaki memakai emas kerana hajat ataupun darurat, misalnya kerana masalah kesihatan maka ia dibolehkan. — The Merdeka Times
