Terkini
Sekat filem berunsur provokasi agama – Pemuda PAS
Pemuda PAS menggesa Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil untuk menyekat sebarang kandungan hiburan yang mengganggu-gugat keamanan agama dan akidah umat Islam.

- Pemuda PAS gesa Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil menyekat kandungan hiburan yang mengganggu-gugat keamanan agama dan akidah umat Islam.
- Ketua Penerangan Pemuda PAS, Nazir Helmi berkata filem Mentega Terbang yang sedang ditayangkan merupakan contoh jelas elemen ekstrimisme dan provokasi agama yang tidak wajar dibiarkan dalam Malaysia Madani idaman PH-BN.
- Penggiat seni hiburan diingatkan untuk menghormati sensitiviti umat Islam dan membuat kajian teliti sebelum menghasilkan apa jua karya buat masyarakat.
KUALA LUMPUR – Pemuda PAS menggesa Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil untuk menyekat sebarang kandungan hiburan yang mengganggu-gugat keamanan agama dan akidah umat Islam.
Ketua Penerangannya, Nazir Helmi berkata filem Mentega Terbang yang sedang bebas ditayangkan merupakan antara contoh jelas elemen ekstrimisme dan provokasi agama yang tidak wajar dibiarkan dalam Malaysia Madani idaman PH-BN.
“Pemuda PAS mengecam sekeras-kerasnya tayangan sebuah filem tempatan secara atas talian, yang membawa mesej penghinaan secara tersirat kepada agama Islam.
“Antara mesej-mesej bersifat “blasphemy” yang dibawa filem ini adalah berkenaan elemen “reincarnation” dan liberalisme yang dibawa watak utama,” katanya di Facebook, pada Rabu.
Nazir Helmi juga menyatakan kekhuatiran dengan gaya pembawaan pluralisme, watak utama yang masih belasan tahun itu, di mana ia boleh mempengaruhi penonton remaja dan kanak-kanak yang menonton cerita berkenaan.
Katanya, filem itu turut membawa mesej salah berkenaan ciri-ciri agama Islam itu sendiri yang bebas daripada elemen menyerupai agama lain.
“Pemuda PAS menegaskan bahawa berhibur dan aktiviti kreatif dalam Islam tidaklah dilarang. Akan tetapi ia tidak boleh melampaui batas yang telah ditetapkan syariat dan agama.
“Dalam masa yang sama, kami ingin mengingatkan kepada penggiat seni hiburan di luar sana agar menghormati sensitiviti umat Islam dan membuat kajian yang teliti sebelum menghasilkan apa jua karya buat masyarakat,” katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dilapor berkata hasil penelitian JAKIM mendapati kandungan filem itu bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.
The Merdeka Times sebelum ini melaporkan, seorang penulis, Zabidi Mohamed mendakwa filem Mentega Terbang yang mula ditayangkan di platform penstriman Viu pada Januari lalu, seolah-olah menghina, merendah-rendahkan dan mempersendakan agama Islam secara terang-terangan (blasphemy).
Filem terbitan syarikat produksi Anomalist Production berkolaborasi dengan Meng Kheng Entertainment itu turut mendapat kritikan netizen yang menggesa tindakan tegas diambil KKD. – The Merdeka Times
Sumber : Facebook PAS Malaysia
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular