Connect with us

Terkini

(VIDEO) Filem ‘Mentega Terbang’ bertentangan akidah, cemar kesucian Islam – Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menegaskan pihaknya tidak sesekali berkompromi dengan sebarang kandungan penerbitan yang mencemar kesucian Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Filem ‘Mentega Terbang’ bertentangan akidah, cemar kesucian Islam - Menteri Agama
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menegaskan pihaknya tidak sesekali berkompromi dengan sebarang kandungan penerbitan yang mencemar kesucian Islam.
  • Apatah lagi sekiranya kandungan penerbitan itu boleh mengundang kontroversi dan keharmonian masyarakat Malaysia berbilang agama, budaya dan cara hidup.
  • Beliau merujuk kepada filem ‘Mentega Terbang’ yang didapati jelas bertentangan dengan akidah dan cara hidup umat Islam di negara ini.
  • “Hasil penelitian JAKIM filem ini terdapat pertentangan yang jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie,” katanya dalam kenyataan di sini semalam
  • JAKIM diminta mengemukakan ulasan terperinci kepada SKMM, manakala Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah memanggil pihak penerbitan filem itu untuk urusan selanjutnya.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menegaskan pihaknya tidak sesekali berkompromi dengan sebarang kandungan penerbitan yang mencemar kesucian Islam.

Apatah lagi sekiranya kandungan penerbitan itu boleh mengundang kontroversi dan keharmonian masyarakat Malaysia berbilang agama, budaya dan cara hidup.

Beliau merujuk kepada filem kontroversi ‘Mentega Terbang’ yang didapati jelas bertentangan dengan akidah dan cara hidup umat Islam di negara ini.

Mohd Na’im telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk meneliti secara keseluruhan kandungan filem tersebut. 

“Hasil penelitian JAKIM mendapati bahawa filem ini terdapat pertentangan yang jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

“Pihak JAKIM telah diminta untuk mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga diminta untuk memanggil pihak terbabit dengan penerbitan filem itu untuk urusan selanjutnya.

“Saya amat memahami akan sensitiviti masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam berhubung isu penayangan filem Mentega Terbang yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.

“Saya juga ingin menasihatkan kepada penggiat seni kreatif agar lebih berhati-hati dalam menerbit dan menyiarkan bahan kandungan kepada masyarakat agar matlamat Kerajaan menuju Negara Madani akan tercapai,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai lebih berhati-hati dalam memilih rancangan tontonan di pelbagai platform, termasuk secara dalam talian, agar tidak terdedah kepada unsur-unsur yang boleh menjejaskan akidah Islamiah.

Filem ‘Mentega Terbang’ mula ditayangkan Januari lalu di platform penstriman Viu dikatakan mempunyai unsur menghina, merendah-rendahkan dan mempersendakan agama Islam secara terang-terangan (blasphemy) oleh pengkritik. 

Susulan itu, pihak berwajib digesa mengharamkan penayangan filem itu berikutan kandungannya yang didakwa bersifat liberal dan mampu memesongkan akidah umat Islam. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *