Connect with us

Terkini

(VIDEO) ‘Mentega Terbang’ dialih keluar dari Viu

Filem tempatan yang menimbulkan kontroversi kerana mempersenda agama, Mentega Terbang sudah tidak boleh ditonton menerusi platform penstriman Viu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

'Mentega Terbang' dialih keluar dari Viu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Filem Mentega Terbang sudah dialih keluar dari platform penstriman Viu bermula malam tadi.
  • Filem tempatan itu dikritik kerana mempersenda agama secara terang-terangan.
  • Pengkritik menganggap ia boleh memesong dan mencabar akidah umat Islam dan cukup merbahaya kepada mereka belum memahami ajaran Islam sepenuhnya.
  • Filem kontroversi itu ditayangkan menerusi Viu bermula 19 Januari lalu selepas dua tahun ditayang secara terhad.

Filem tempatan yang menimbulkan kontroversi kerana mempersenda agama, Mentega Terbang sudah tidak boleh ditonton menerusi platform penstriman Viu.

Semakan The Merdeka Times mendapati filem kontroversi itu sudah dialih keluar dari platform terbabit.

Tinjauan di Twitter juga mendapati beberapa netizen mengesahkan yang mereka gagal menemui filem itu walaupun baru sempat menonton sebahagiannya di platform Viu.

Foto: Tangkap layar ciapan netizen di Twitter

Terdahulu, filem berdurasi 1 jam 44 minit itu dikritik kerana mempersenda Islam secara terang-terangan.

The Merdeka Times sebelum ini melaporkan penulis, Zabidi Mohamed berpendapat yang filem itu mempunyai kriteria dan ciri-ciri blasphemy terhadap Islam.

Ia mengisahkan tentang Aisyah, remaja berusia 16 tahun yang mengkaji kitab suci pelbagai agama untuk mencari jawapan tentang kehidupan selepas mati dan tertarik pada kepercayaan kelahiran semula.

Filem itu dianggap boleh memesong dan mencabar akidah umat Islam dan cukup merbahaya kepada mereka yang belum memahami ajaran Islam sepenuhnya.

Mentega Terbang mula ditayangkan di platform Viu pada 19 Januari lalu selepas dua tahun ditayangkan secara terhad.

Filem arahan Khairi Anwar itu dihasilkan menerusi kolaborasi di antara Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment pada 2021. – The Merdeka Times

Author