Connect with us

Terkini

Filem Mentega Terbang: Syarikat produksi tiada lesen FINAS

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mendapati penerbit filem dalam talian, Mentega Terbang, iaitu Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainmet, tidak memohon Surat Perakuan Penggambaran (SPP) serta tiada lesen pengeluaran filem daripada agensi terbabit dalam menghasilkan naskhah kontroversi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Filem Mentega Terbang: Syarikat produksi tiada lesen FINAS
Foto: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim.
  • FINAS mendapati penerbit filem dalam talian, Mentega Terbang, iaitu Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainmet, tidak memohon Surat Perakuan Penggambaran (SPP) serta tiada lesen pengeluaran filem daripada agensi terbabit dalam menghasilkan naskhah kontroversi itu.
  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim, berkata semakan mendapati filem Mentega Terbang yang ditayang platform penstriman sejak 19 Januari lalu, gagal mematuhi syarat ditetapkan badan itu seperti yang dikenakan terhadap pembikin filem lain.
  • “Jika ada pelanggaran di bawah Peraturan FINAS (Perlesenan) 1983, tindakan sewajarnya akan diambil ke atas syarikat itu,” katanya kepada BH Online.

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mendapati penerbit filem dalam talian, Mentega Terbang, iaitu Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainmet, tidak memohon Surat Perakuan Penggambaran (SPP) serta tiada lesen pengeluaran filem daripada agensi terbabit dalam menghasilkan naskhah kontroversi itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim, berkata semakan mendapati filem Mentega Terbang yang ditayang platform penstriman sejak 19 Januari lalu, gagal mematuhi syarat ditetapkan badan itu seperti yang dikenakan terhadap pembikin filem lain.

“FINAS masih menjalankan siasatan terperinci ke atas penerbitan filem Mentega Terbang.

“Jika ada pelanggaran di bawah Peraturan FINAS (Perlesenan) 1983, tindakan sewajarnya akan diambil ke atas syarikat itu,” katanya kepada BH Online.

Sejak beberapa hari lalu, filem Mentega Terbang arahan sutradara muda, Khairil Anwar, tular selepas dikecam mengandungi babak didakwa seakan-akan mempersendakan Islam dan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Filem berdurasi sejam 45 minit itu menjadi bualan hangat kerana mengandungi babak seorang bapa yang berfikiran terbuka apabila tidak menghalang anak memilih agama, di mana perbuatan itu bertentangan dengan Islam.

Selain itu dialog watak kanak-kanak perempuan bernama Aishah menjadi perdebatan kerana dianggap boleh menimbulkan keraguan dalam kalangan penonton.

Kelmarin, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dilaporkan diarah memanggil pihak terbabit dengan penerbitan filem Mentega Terbang yang didakwa bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang memegang Mazhab Syafie.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, dilaporkan berkata JAKIM juga sedang meneliti kandungan filem berkenaan dan mengemukakan laporan terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Mohd Na’im dilaporkan berkata, pihaknya menerima pelbagai pandangan dan reaksi daripada orang awam yang menyatakan kegusaran berhubung kandungan filem berkenaan.

Sementara itu, semakan Akta FINAS 1983 mendapati berdasarkan Peraturan 4, Peraturan-Peraturan FINAS (Perlesenan) 1983 di bawah syarat tambahan lesen pengeluaran, pemegang lesen yang ingin membuat penggambaran filem hendaklah memaklumkan perbadanan itu tidak lewat dari tujuh hari sebelum kerja bermula, melalui borang tertentu yang dikeluarkan FINAS.

Selepas borang dikemukakan, barulah SPP dikeluarkan FINAS dan penggambaran dibenarkan bermula.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Syarat pemberian dana filem perlu diperketatkan, wajib lalui LPF – Bekas CEO FINAS

MyCreative Ventures selaku agensi di bawah Kementerian Komunikasi perlu memperketatkan syarat pemberian dananya kepada mana-mana pihak yang ingin menerbitkan filem.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim.
  • MyCreative Ventures selaku agensi di bawah Kementerian Komunikasi perlu memperketatkan syarat pemberian dananya kepada mana-mana pihak yang ingin menerbitkan filem.
  • Mencadangkan perkara itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim berkata adalah lebih baik filem cereka yang menerima dana MyCreative Ventures dikenakan syarat seperti mana FINAS di mana filem terbabit perlu melalui Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebagai syarat wajib mandatori.
  • “Mungkin syarat (pemberian dana) elok diperketatkan lagi maknanya kalau filem cereka diluluskan bawah My CV mungkin elok samakan dengan apa FINAS buat (iaitu) lalui LPF sebagai satu syarat wajib mandatori.
  • “Kenapa perlu kita wajibkan LPF? Sebab dengan cara macam ini filem itu akan melalui satu panel terdiri daripada pelbagai jabatan ataupun agensi kerajaan yang berwibawa untuk meneliti filem tersebut.
  • “Jadi bila diluluskan kita semua dapat menikmati karya kreatif dari mana-mana penerbit yang menerima dana itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan sama ada MyCreative Ventures perlu memperketatkan syarat pemberian dana kepada pembikin filem susulan ada di antara mereka menerima dana, namun tidak mendapatkan kelulusan LPF. 
  • Difahamkan, filem ‘Maryam Pergi Ke Malam’ yang meraih dua trofi di Festival Filem Asia Ke-21 di Rome, Itali, dihasilkan menggunakan Geran Pemulihan Industri Kreatif–Filem Cereka Seni atau Festival dan penerbit memilih tidak melalui LPF kerana ia menghasilkan filem itu untuk penyertaan ke festival antarabangsa, sesuai dengan kategori dana diberi.

KUALA LUMPUR — MyCreative Ventures selaku agensi di bawah Kementerian Komunikasi perlu memperketatkan syarat pemberian dananya kepada mana-mana pihak yang ingin menerbitkan filem.

Mencadangkan perkara itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim berkata adalah lebih baik filem cereka yang menerima dana MyCreative Ventures dikenakan syarat seperti mana FINAS di mana filem terbabit perlu melalui Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebagai syarat wajib mandatori.

“Mungkin syarat (pemberian dana) elok diperketatkan lagi maknanya kalau filem cereka diluluskan bawah MyCV mungkin elok samakan dengan apa FINAS buat (iaitu) lalui LPF sebagai satu syarat wajib mandatori.

“Kenapa perlu kita wajibkan LPF? Sebab dengan cara macam ini filem itu akan melalui satu panel terdiri daripada pelbagai jabatan ataupun agensi kerajaan yang berwibawa untuk meneliti filem tersebut.

“Jadi bila diluluskan kita semua dapat menikmati karya kreatif dari mana-mana penerbit yang menerima dana itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan sama ada MyCreative Ventures perlu memperketatkan syarat pemberian dana kepada pembikin filem susulan ada di antara mereka menerima dana, namun tidak mendapatkan kelulusan LPF. 

Difahamkan, filem ‘Maryam Pergi Ke Malam’ yang meraih dua trofi di Festival Filem Asia Ke-21 di Rome, Itali, dihasilkan menggunakan Geran Pemulihan Industri Kreatif–Filem Cereka Seni atau Festival dan penerbit memilih tidak melalui LPF kerana ia menghasilkan filem itu untuk penyertaan ke festival antarabangsa, sesuai dengan kategori dana diberi.

Kelulusan filem itu tidak mewajibkan filem di bawah skim terbabit melalui LPF sebelum ia ditayangkan di mana-mana platform, tidak seperti dana Kandungan Digital di bawah FINAS yang mewajibkan kelulusan LPF. 

Md Nasir berpandangan mana-mana filem yang menerima dana kerajaan perlu melalui LPF sekalipun diterbitkan untuk penyertaan ke festival antarabangsa atau ditayangkan di internet.

“Kalau pandangan peribadi saya kenalah (lalui LPF) sebab kita sebagai pemberi dana atau agensi beri dana patut lebih ketat dalam hal ini supaya tidak menimbulkan prasangka pada kerajaan kita.

“Sebab bila (filem) ditayangkan di peringkat antarabangsa kemungkinan penonton berpandangan ohh teruknya negara kita ini kan?

“Sedangkan apa dipertontonkan mungkin hanya sebahagian kecil bukan yang benar-benar berlaku ataupun mungkin juga berlaku tapi mungkin ada jalan untuk membuat penambahbaikan jadi itulah benda-benda yang kita kena fikir,” katanya.

Beliau berkata Malaysia merupakan sebuah negara Islam dan berpegang kuat kepada pegangan Islam serta mempunyai undang-undang tersendiri yang menetapkan perkara boleh dan tidak boleh dilakukan.

Justeru, dalam hal ini apabila kerajaan memberikan duit untuk menerbitkan filem, pihak terbabit perlu mengikuti dasar kerajaan yang memartabatkan Islam dan memantapkan keharmonian antara kaum.

Mengulas berkenaan isu kreativiti dalam berkarya, Md Nasir berkata ada sesetengah individu melihat kreativiti itu tidak mempunyai batas, jadi isu-isu diketengahkan dalam filem berkenaan sekiranya perlu melalui LPF dilihat akan menghalang kreativiti.

Katanya, perkara itu berkemungkinan menjadi kegusaran penerbit filem, namun kreativiti dalam filem perlu ada batas dalam konteks Malaysia yang mempunyai budaya, kefahaman dan pegangan perlu diikuti.

“Filem yang baik adalah filem yang mempunyai sebab-sebab kenapa satu-satu scene diwujudkan, satu-satu isu diketengahkan itu hendaklah pertama sekali secara holistik dia tidak menimbulkan isu menyebabkan orang salah faham,” kata Md Nasir. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending