Connect with us

Hartanah

Pemergian business tycoon Melayu, kehilangan besar industri hartanah

Figura hebat yang pernah digelar “Raja Rumah Mampu Milik” suatu ketika dahulu ini dilahirkan pada tanggal 18 Mac 1949 di Kampung Changkat, Pusing, Perak.

Wartawan TMT

Published

on

tan sri mustapha kamal
Foto: Tan Sri Mustapha Kamal.
  • Tan Sri Mustapha Kamal, jutawan hartanah Melayu meninggal dunia hari ini kerana sakit tua.
  • Allahyarham bakal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
  • Sumbangan beliau semasa hayatnya amat dikagumi.
  • Pemergiannya merupakan suatu kehilangan besar buat industri hartanah Malaysia.

KUALA LUMPUR – Jutawan hartanah Melayu, Tan Sri Mustapha Kamal menghembuskan nafas terakhir awal pagi Isnin.

Difahamkan, pengasas syarikat hartanah MK Land itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Figura hebat yang pernah digelar “Raja Rumah Mampu Milik” suatu ketika dahulu ini dilahirkan pada tanggal 18 Mac 1949 di Kampung Changkat, Pusing, Perak.

Beliau berkhidmat di Pejabat Daerah dan Tanah Selangor sehingga dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah & Galian Selangor sebelum beralih ke sektor swasta dengan memegang jawatan Pengarah Urusan Shah Alam Properties Sdn. Bhd.

Beliau mempunyai kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kecekapan yang mendalam dalam pembangunan hartanah selama lebih daripada 20 tahun.

Oleh disebabkan Mustapha yakin akan kebolehan dan peluang yang ada, maka beliau menubuhkan Kumpulan Syarikat EMKAY secara rasminya pada tahun 1983.

Syarikat MK Land Holdings Berhad yang berfokuskan pembangunan hartanah dan pelaburan mempunyai bank tanah yang luas di beberapa lokasi di Selangor dan mereka dengan jayanya membangunkan dan menjadikan lokasi bukan tumpuan dan terpencil menjadi salah satu lokasi elit untuk didiami

Beliau berjaya membawa status MK Land selaku syarikat hartanah yang berjaya membangunkan kawasan-kawasan yang dahulunya terpencil dan tidak mendapat perhatian kepada kawasan elit yang lengkap dengan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi seperti Damansara Perdana dan Cyberjaya.

MK Land Holdings tawarkan kepada pemilik kediaman adalah inovasi canggih berorientasikan gaya hidup baru yang bertemakan resort, teknologi tinggi dan seni.

Menerusi Setia Haruman Sdn Bhd pula, projek hartanah bernilai RM2.5 bilion telah dibangunkan di Cyberjaya bagi membangunkan estet kelapa sawit menjadi bandar koridor multimedia utama di Malaysia.

Setakat tahun 2018, MK Land Holdings Berhad telah membina lebih daripada 60,000 unit kediaman, komersial, ruang pejabat dengan keluasan 10 juta kaki persegi dengan nilai pembangunan RM20 bilion.

Mereka juga berjaya menjual lebih daripada 35,000 unit kediaman dengan harga bawah RM100,000 termasuk di Damansara Damai dan Bandar Baru Sungai Buloh.

MK Land Holdings adalah contoh pemaju hartanah versatil yang mampu menawarkan kediaman mewah kepada pembeli T20 dan dalam masa yang sama mampu menawarkan rumah mampu milik di bawah RM100,000 kepada golongan B40.

Antara projek ikonik dari MK Land Holdings adalah Taman Bunga Raya di Rawang, Selangor; projek perumahan Cyberia di Cyberjaya, Selangor; Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak dan Langkawi Lagoon di Kedah.

Jadi, tidak hairanlah dengan kejayaan MK Land Holdings Berhad sejak puluhan tahun lamanya, berjaya meletakkan Mustapha sebagai salah seorang usahawan Melayu terkaya di Malaysia.

Mustapha telah diberikan beberapa anugerah sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar yang beliau curahkan sepanjang tempoh kerjaya beliau yang cemerlang.

Antaranya Anugerah Usahawan Cemerlang Selangor pada tahun 1995 oleh Dewan Perniagaan Melayu Selangor; FIABCI Property Man of The Year Award 1997 serta Anugerah Personaliti Cemerlang Industri Pembangunan Tahun 2001 daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia.

Beliau juga telah menerima Anugerah Fellowship DPMMKL 2002 daripada D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Agong dan Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah 2003 daripada Raja Muda Perak. Tan Sri juga telah dicalonkan untuk menerima Ernst & Young Entrepreneur Award 2002 dalam kategori ‘Master Enterpreneur’.

Pemergian Mustapha merupakan satu kehilangan besar buat industri hartanah tanah air dan seluruh warga Malaysia turut terkesan dengan berita sedih ini.

Allahyarham yang berusia 73 tahun akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.

Sumber: Sinar Harian, Majalah Labur

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Lebih ramai orang India miliki hartanah di UK berbanding orang Inggeris

Memetik laporan Financial Express pada 3 September lalu, pemaju kediaman yang berpangkalan di London, Barratt berkata, orang India adalah kumpulan pemilik hartanah terbesar di ibu negara England.

Wartawan TMT

Published

on

Lebih ramai orang India miliki hartanah di UK berbanding orang Inggeris
Foto: Antara penduduk berbangsa India di stadium London.
  • Lebih ramai orang India memiliki hartanah di UK berbanding orang Inggeris, demikian menurut laporan terkini.
  • Kehadiran diaspora India di UK dengan institusi pendidikan yang baik, kemudahan menjalankan perniagaan dan kawasan kosmopolitan antara sebab orang India membeli harta di UK. 
  • Pelabur India sanggup membelanjakan antara GBP290,000 hingga GBP450,000 (RM1.49 juta dan RM2.31 juta) bagi memiliki sebuah pangsapuri serta dua, tiga bilik di ibu negara itu. 
  • London sebagai pusat kewangan, pendidikan dan pintu masuk global untuk pelabur antara faktor peningkatan peratusan pembeli rumah berbangsa India. 

LONDON – Lebih ramai orang India merupakan pemilik hartanah di London berbanding orang Inggeris sendiri, demikian menurut satu laporan terkini.

Memetik laporan Financial Express pada 3 September lalu, pemaju kediaman yang berpangkalan di London, Barratt berkata, orang India adalah kumpulan pemilik hartanah terbesar di ibu negara England.

Antara kumpulan pemilik hartanah terbabit adalah mereka yang tinggal di UK selama beberapa generasi, orang India bukan pemastautin tetap (NRIs,) pelabur, pelajar dan mereka yang datang ke UK bagi mendapatkan pendidikan, disusuli orang Inggeris, Pakistan dan Bangladesh.

Menurut laporan itu, pelabur India sanggup membelanjakan antara GBP290,000 hingga GBP450,000 (RM1.49 juta dan RM2.31 juta) bagi memiliki sebuah pangsapuri, dua atau tiga bilik di ibu negara terbabit.

Laporan itu sama dengan data kerajaan UK daripada Jabatan Peningkatan Tahap, Perumahan dan Komuniti (DLUHC), yang menyatakan pada 2020, keluarga India di UK adalah raja hartanah dengan kira-kira 74 peratus isi rumah India adalah pemilik rumah, lebih tinggi jika dibandingkan dengan warga Britain kulit putih iaitu 68 peratus. 

Kehadiran diaspora India yang besar di UK antara faktor penyumbang kepada keadaan itu.

Laporan itu juga mengatakan antara sebab popular pembeli rumah India ialah London merupakan pusat kewangan dan pendidikan begitu juga berperanan sebagai pintu masuk global yang signifikan untuk pelabur. 

Pengarah jualan dan pemasaran antarabangsa Barratt di London, Stuart Leslie berkata sistem perundangan di UK yang mudah antara faktor peningkatan peratusan pembeli rumah India pada 2022.

“Ia menjadi lebih mudah apabila melibatkan transaksi dan harga setiap kaki persegi adalah hampir sama kadar di London dan Mumbai,” katanya.

Sumber: Says

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending