Connect with us

Ekonomi

Belanjawan 2024: RM56 juta peruntukan perkukuh institusi perundangan, kehakiman

Kerajaan akan memperuntukkan RM18 juta bagi melancarkan urusan reformasi perundangan, termasuk persiapan penyediaan Rang Undang-undang (RUU) Pelaksanaan Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori.

Wartawan TMT

Published

on

Belanjawan 2024: RM56 juta peruntukan perkukuh institusi perundangan, kehakiman
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan akan memperuntukkan RM18 juta bagi melancarkan urusan reformasi perundangan, termasuk persiapan penyediaan Rang Undang-undang (RUU) Pelaksanaan Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Jumaat berkata, Kerajaan turut memperuntukkan RM38 juta bagi meningkatkan produktiviti institusi kehakiman negara.
  • “Peruntukan ini mencakupi keutamaan membaik pulih prasarana serta menaik taraf kemudahan ICT mahkamah yang sudah usang dan rosak.
  • “Ini juga termasuk RM20 juta bagi memperkasa Akademi Kehakiman Malaysia dan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia dalam melatih hakim-hakim mahkamah atasan secara lebih terancang dan berkesan,” katanya.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperuntukkan RM18 juta bagi melancarkan urusan reformasi perundangan, termasuk persiapan penyediaan Rang Undang-undang (RUU) Pelaksanaan Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Jumaat berkata, Kerajaan turut memperuntukkan RM38 juta bagi meningkatkan produktiviti institusi kehakiman negara.

“Peruntukan ini mencakupi keutamaan membaik pulih prasarana serta menaik taraf kemudahan ICT mahkamah yang sudah usang dan rosak.

“Ini juga termasuk RM20 juta bagi memperkasa Akademi Kehakiman Malaysia dan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia dalam melatih hakim-hakim mahkamah atasan secara lebih terancang dan berkesan,” katanya lagi.

Selain itu beliau berkata, dengan lulusnya RUU Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023, komitmen Kerajaan Perpaduan seterusnya adalah untuk membentangkan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan di Parlimen pada tahun hadapan.

Menyentuh mengenai reformasi institusi awam, Perdana Menteri berkata, Kerajaan akan menambah baik kemampanan hasil, perlindungan sosial, tatakelola syarikat berkaitan 20 Kerajaan (GLC) dan pengurusan hutang negara.

Antara syor-syor yang akan dilaksanakan, kata beliau ialah – menambah baik pengenalan duti setem; memperkukuh pentadbiran cukai; memperluas sistem perlindungan sosial; serta menstruktur semula institusi kewangan pembangunan (DFI) melalui penggabungan Bank Pembangunan Malaysia Bhd, SME Bank, dan Exim Bank.

Advertisement

Selain itu beliau berkata, Kerajaan juga akan memperkukuh persekitaran modal teroka melalui pemusatan agensi modal teroka seperti Penjana Kapital dan MAVCAP di bawah Khazanah Nasional Berhad.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI, Kerajaan akan menumpukan kepada Kerjasama Awam-Swasta-Dermawan (PPPP) dalam melaksanakan projek untuk rakyat. 21 55.

“Dalam menangani pelbagai isu rakyat di lapangan, Kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk terus menyokong usaha yang diambil oleh NGO dan pertubuhan masyarakat sivil termasuk Yayasan Hasanah.

“Bagi memastikan sumber pendapatan institusi, organisasi dan tabung yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 terus mampan dan dapat menyokong inisiatif kebajikan yang dihasratkan oleh Kerajaan, dicadangkan syarat penggunaan tidak melebihi 25 peratus daripada dana yang terkumpul bagi tujuan penglibatan dalam perniagaan dinaikkan kepada 35 peratus,” katanya lagi.

Dengan kelonggaran tersebut, Perdana Menteri berkata kerjasama antara Kerajaan dan NGO dapat diperkukuh untuk menambah baik kualiti hidup rakyat.

Sumber: Astro Awani 

Advertisement

Author

Ekonomi

TIN, e-invois kurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa GST

Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.

Wartawan TMT

Published

on

TIN, e-invois kurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa GST
Foto: Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.
  • Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.
  • Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata dua kaedah itu adalah sebagai ‘Pelan B’ kepada usaha mengurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
  • “Bagi elak perkara itu (ekonomi bayangan), Kementerian Kewangan membuat Pelan B. Kita guna Plan B iaitu TIN, umur 18 tahun sudah diberi nombor cukai.
  • “E-invois pula membolehkan segala nota debit, kredit didigitalkan dan berhubung secara dalam talian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya kepada BH.

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata dua kaedah itu adalah sebagai ‘Pelan B’ kepada usaha mengurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau mengakui pelaksanaan GST dalam tempoh 2015 hingga 2018 berjaya mengurangkan ekonomi bayangan sebanyak 10 peratus berbanding kira-kira 30 peratus sebelum itu.

“Bagi elak perkara itu (ekonomi bayangan), Kementerian Kewangan membuat Pelan B. Kita guna Plan B iaitu TIN, umur 18 tahun sudah diberi nombor cukai.

“E-invois pula membolehkan segala nota debit, kredit didigitalkan dan berhubung secara dalam talian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Ini untuk elak ekonomi gelap bercambah dalam sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” katanya kepada BH.

Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bersetuju menguatkuasakan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024.

Advertisement

Sementara itu, pembayar cukai mengikut kategori pendapatan selainnya akan dibuat secara berfasa dengan sasaran pelaksanaan menyeluruh mulai 1 Julai 2025.

TIN akan diperluas penggunaannya untuk menyokong pelaksanaan e-invois supaya ia dapat melebarkan lagi jaringan pembayar cukai susulan pematuhan cukai secara sukarela yang seterusnya mengurangkan ketirisan hasil.

Dalam Belanjawan 2024, kutipan hasil kerajaan pada 2024 dijangka menyaksikan peningkatan kepada RM307.6 bilion berbanding RM303.2 bilion tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ditingkatkan kepada RM10 bilion berbanding RM8 bilion berikutan hasil inisiatif dijalankan kerajaan bermula tahun ini seperti subsidi bersasar elektrik yang dapat menjimatkan RM4.6 bilion daripada unjuran subsidi elektrik RM20 bilion.

Katanya, subsidi dan bantuan sebanyak RM81 bilion untuk 2023 adalah terlalu tinggi, maka subsidi bersasar wajar dilaksanakan pada 2024.

“STR sudah ditambah baik. Jumlah penerima STR adalah seramai sembilan juta atau 60 peratus penduduk dewasa Malaysia.

Advertisement

“Peruntukan ditingkatkan daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion, yang mana kadar maksimum ditingkatkan daripada RM3,100 kepada RM3,700. Kadar minimum untuk golongan bujang juga ditingkatkan daripada RM350 kepada RM500,” katanya.

Ahmad berkata, kerajaan turut memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan mengkreditkan ke dalam MyKad 200,000 penerima STR sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan.

Beliau berkata, SARA akan diperluaskan kepada 700,000 penerima yang akan menerima RM100 sebulan untuk 12 bulan.

“Sebanyak RM500 juta akan diperuntukkan untuk meneruskan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk meningkatkan lebih ramai rakyat miskin tegar bagi mengikuti program IPR bagi menambah pendapatan mereka,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending