Connect with us

Terkini

Keputusan kes Maria Chin pelihara kedaulatan Mahkamah Syariah – PPMM

Published

on

Foto: Presiden PPMM, Muhamad Hisham Marzuki
  • Presiden PPMM, Muhamad Hisham Marzuki sambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Maria Chin Abdullah semalam, yang dilihat sebagai mempertahankan martabat dan kedudukan Mahkamah Syariah di negara ini.
  • Keputusan itu juga sahkan Mahkamah Syariah ada bidang kuasa sah untuk kendalikan prosiding hina mahkamah.
  • Ia isyarat jelas bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh dijadikan platform untuk cabar keputusan dan prosedur Mahkamah Syariah sewenang‐wenangnya.

KUALA LUMPUR — Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes melibatkan Maria Chin Abdullah semalam, yang dilihat sebagai mempertahankan martabat dan kedudukan Mahkamah Syariah di negara ini.

Presidennya, Muhamad Hisham Marzuki berkata keputusan mahkamah itu juga mengesahkan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa yang sah untuk mengendalikan prosiding penghinaan mahkamah bagi memastikan perintah‐perintahnya tidak dicemuh dan dapat dikuatkuasakan dengan berkesan.

Selain, ia juga dapat memperkukuh prinsip asas Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, yang secara jelas menggariskan pemisahan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

Katanya,  perkara itu telah menghantar isyarat jelas bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh dijadikan platform untuk mencabar keputusan dan prosedur Mahkamah Syariah sewenang‐wenangnya.

“Panel yang bersidang (semalam), dipengerusikan Y.A. Dato’ Nordin bin Hassan, bersama Y.A. Dato’ Abu Bakar bin Jais, dan Y.A. Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera telah memutuskan bahawa permohonan pemohon (Maria) tidak memenuhi ambang yang tinggi seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 96(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

“Ini bermakna persoalan‐persoalan undang‐undang yang dikemukakan tidak dianggap sebagai persoalan baharu atau mempunyai kepentingan awam yang memerlukan pertimbangan lanjut di peringkat Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Mahkamah Persekutuan semalam dilapor telah menolak permohonan kebenaran merayu dikemukakan Maria berhubung isu penghinaan mahkamah, melibatkan kuasa untuk Mahkamah syariah membuat keputusan berkenaan kuasa penghinaan mahkamah (contempt of court) yang terdapat dalam bidang kuasa mahkamah syariah.

Peguam pemerhati bagi pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati undang-undang berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil sudah pun mantap (jelas), khususnya merujuk kepada Perkara 121 dan 121(1A) Perlembagaan Persekutuan. — The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author