Connect with us

Komuniti

(VIDEO) PM bantu bekas jaguh skuasy negara Kenneth Low

Prihatin dengan nasib bekas jaguh skuasy negara, Kenneth Low Ewe Loong yang kini berdepan dengan masalah kesihatan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan kewangan kepada bekas atlet negara itu. 

A.R. Khan

Published

on

PM bantu bekas jaguh skuasy negara Kenneth Low
Foto: Dari kiri, Firdaus Wong, Kenneth Low Ewe Loong, Ahmad Farhan Fauzi, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed & Datuk Dr Mohamed Alwi.
  • Prihatin dengan nasib bekas jaguh skuasy negara, Kenneth Low Ewe Loong yang kini berdepan dengan masalah kesihatan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan kewangan kepada bekas atlet negara itu. 
  • Sumbangan kewangan peribadi itu disampaikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi di pejabat badan bukan kerajaan, Multiracial Reverted Muslims (MRM) di Wangsa Maju di sini.
  • Ahmad Farhan dan rombongan dari Pejabat Perdana Menteri yang tiba sekitar jam 2 petang meluangkan masa hampir 45 minit menanyakan tentang kebajikan dan keadaan semasa bekas jaguh skuasy negara itu.
  • Pejabat Perdana Menteri pada minggu lalu menghubungi Pengasas dan Presiden MRM, Firdaus Wong Wai Hung selepas membaca perkongsian di akaun Facebook pendakwah bebas itu berkenaan keadan terkini Kenneth Low.
  • Kini dibantu MRM untuk meneruskan kehidupannya, Kenneth Low sebelum ini disahkan menghidap penyakit multiple sclerosis dan sedang menjalani rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur.
  • Firdaus Wong sebelum ini berkata bekas jaguh skuasy negara itu turut ditawarkan bekerja dengan MRM selain membantu beliau untuk bertemu kembali dengan anak dan isterinya yang terputus hubungan sejak 10 tahun lalu. 

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan nasib bekas jaguh skuasy negara, Kenneth Low Ewe Loong yang kini berdepan dengan masalah kesihatan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan kewangan kepada bekas atlet negara itu. 

Sumbangan kewangan peribadi itu disampaikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi di pejabat badan bukan kerajaan, Multiracial Reverted Muslims (MRM) di Wangsa Maju di sini.

Ahmad Farhan dan rombongan dari Pejabat Perdana Menteri yang tiba sekitar jam 2 petang meluangkan masa hampir 45 minit menanyakan tentang kebajikan dan keadaan semasa bekas jaguh skuasy negara itu.

Pejabat Perdana Menteri pada minggu lalu menghubungi Pengasas dan Presiden MRM, Firdaus Wong Wai Hung selepas membaca perkongsian di akaun Facebook pendakwah bebas itu berkenaan keadaan terkini Kenneth Low.

Kini dibantu MRM untuk meneruskan kehidupannya, Kenneth Low sebelum ini disahkan menghidap penyakit multiple sclerosis dan sedang menjalani rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur.

Bekas atlet negara itu mula menyedari penyakit yang dialaminya apabila dia tidak mampu bangun disebabkan kelesuan melampau lalu meminta bantuan abangnya untuk mendapat rawatan awal di Hospital Serdang.

Kesakitan dialaminya merupakan sejenis penyakit saraf yang berpotensi menyebabkan gangguan pada saraf tunjang dan otak.

“Saya didiagnos, dan mereka memberitahu bahawa ia MS; (multiple sclerosis),” kata Kenneth Low.

Firdaus Wong sebelum ini berkata bekas jaguh skuasy negara itu turut ditawarkan bekerja dengan MRM selain membantu beliau untuk bertemu kembali dengan anak dan isterinya yang terputus hubungan sejak 10 tahun lalu.

Turut mengunjungi Kenneth Low di MRM adalah Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, Zuhairi Abdul Manaf dan Datuk Dr Mohamed Alwi selaku wakil Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Ahli Lembaga Pengarah dan penasihat perubatan YAKEB, Dr Mohamed Alwi berkata proses diagnosis penyakit bekas atlet itu masih berjalan dan belum mempunyai keputusan konklusif.

“Buat masa ini beliau mendapat rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur diselia bahagian neuro-medikal, pakar mata, pakar kaunseling, psikiatri dan fisioterapi, jadi dirasakan ia akan mengambil masa disebabkan kes ini baru dikedepankan kepada YAKEB.

“Kita juga akan gunakan segala pakar yang ada pada kementerian kesihatan dan juga private hospital jika perlulah.

“Tetapi buat masa ini, saudara Kenneth Low masih lagi okay, simptom dia kurang, tetapi bakal melibatkan banyak kepakaran dan juga penyiasatan yang wajib dilakukan jadi saya berharap saudara Kenneth bersabar melalui cabaran ini,” kata Dr Mohamed Alwi  kepada The Merdeka Times.

Kenneth Low merupakan juara skuasy kebangsaan sebanyak enam kali pada 1980-an dan 1990-an itu selain pernah menduduki ranking keempat di Asia dan ke-38 dunia.

Beliau juga merupakan jurulatih bagi pasukan Thailand, Pahang dan Perak, sebelum kehidupannya menjadi sukar disebabkan keadaan kesihatan yang merosot.  

Sokong usaha dakwah dan kebajikan MRM dengan menyalurkan sumbangan anda ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Komuniti

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong

Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Hanani Zulkifli

Published

on

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Foto: Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (kiri), & Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri (kanan hujung).
  • Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
  • Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
  • Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     
  • “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
  • “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     

“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.

“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.

Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.

“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong. 

Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Sumber:  Facebook

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending