Antarabangsa
(VIDEO) Dituduh ‘angkut’ lembu, Pemandu trak Islam diserang, diancam pelampau Hindu
Sebuah rakaman video di internet memaparkan pemandu trak beragama Islam dibawa berarak sekumpulan pelampau pengawal lembu Hindu di sempadan Chattisgarh-Maharashtra, India.
Sebuah rakaman video di internet memaparkan pemandu trak beragama Islam dibawa berarak sekumpulan pelampau pengawal lembu Hindu di sempadan Chattisgarh-Maharashtra, India.
5 Pillars UK dalam hantarannya di platform X berkata, insiden itu berlaku ekoran dakwaan pemandu itu membuat penghantaran lembu.
“Kami akan sembelih mereka yang menyembelih lembu.. Pembunuh ibu lembu, tembak keparat itu!,” kata kumpulan tersebut.
Selain kenyataan saksi berlakunya serangan ganas ke atas pemandu trak itu, kumpulan tersebut turut melaungkan slogan seperti ‘Jai Shri Ram’ yang bermaksud “Hiduplah tuhan Rama” atau “kemenangan bagi tuhan Rama” sambil menzahirkan ancaman kekerasan.
Kumpulan perusuh dalam klip video berdurasi 41 saat itu juga bertindak membesarkan sembahan mereka dengan laungan kalimat “panjang umur ibu lembu”. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times