Connect with us

Teknologi

Teknologi AI boleh curi kata laluan melalui bunyi taipan

Saintis-saintis memberi amaran bahawa teknologi kepintaran buatan (AI) sangat maju sehingga ia boleh mencuri kata laluan dengan hanya mendengar bunyi perkataan ditaip, lapor akhbar Daily Star Rabu lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Teknologi AI boleh curi kata laluan melalui bunyi taipan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Saintis-saintis memberi amaran teknologi kepintaran buatan (AI) sangat maju sehingga ia boleh mencuri kata laluan dengan hanya mendengar bunyi perkataan ditaip, lapor akhbar Daily Star Rabu lalu.
  • Model AI dilatih para penyelidik sebelum ini untuk menekan 36 kekunci pada komputer MacBook Pro sebanyak 25 kali dan merakam bunyinya.
  • Saintis mendapati, adalah mungkin untuk mengenal pasti setiap kata laluan ditaip dengan ketepatan 95 peratus menggunakan mikrofon telefon pintar berdekatan.
  • Pakar-pakar memberi amaran ancaman serangan siber berdasarkan bunyi meningkat ekoran peningkatan dalam persidangan video bersama peranti-peranti lain.

LONDON – Saintis-saintis memberi amaran bahawa teknologi kepintaran buatan (AI) sangat maju sehingga ia boleh mencuri kata laluan dengan hanya mendengar bunyi perkataan ditaip, lapor akhbar Daily Star Rabu lalu. 

Model AI telah dilatih oleh para penyelidik sebelum ini untuk menekan 36 kekunci pada komputer MacBook Pro sebanyak 25 kali dan merakam bunyinya.

Saintis mendapati, adalah mungkin untuk mengenal pasti setiap kata laluan yang ditaip dengan ketepatan 95 peratus menggunakan mikrofon telefon pintar yang berdekatan.

Bunyi itu dimasukkan ke dalam sistem AI yang dapat mengenal pasti corak setiap kata laluan dengan betul, demikian menurut kajian oleh Universiti Surrey, Universiti Durham dan Universiti Royal Holloway.

Tambah kumpulan saintis tersebut, individu yang menggunakan komputer mereka di kafe, pub dan perpustakaan berisiko untuk data-data sensitif mereka dicuri oleh AI.

Pakar-pakar memberi amaran bahawa ancaman serangan siber berdasarkan bunyi telah meningkat ekoran peningkatan dalam persidangan video bersama peranti-peranti lain.

“Saya dapat melihat ketepatan dan serangan sedemikian meningkat.

“Setiap kekunci mempunyai audio atau suara unik, yang boleh menyimpulkan huruf yang ditekan,” kata pengarang bersama kajian, Dr. Ehsan Toreini. – Agensi

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Meta lancarkan Ray-Ban Baharu ‘Cermin Mata Pintar Meta’

Meta Connect dengan kerjasama EssilorLuxottica pada 27 September lalu melancarkan koleksi cermin mata pintar Ray-Ban Meta generasi baharu.

A.R. Khan

Published

on

Meta lancarkan Ray-Ban Baharu ‘Cermin Mata Pintar Meta’
Foto: Cermin Mata Pintar Ray-Ban Meta.

Meta Connect dengan kerjasama EssilorLuxottica pada 27 September lalu melancarkan koleksi cermin mata pintar Ray-Ban Meta generasi baharu.

Reka bentuk cermin mata pintar itu diberikan penambahbaikan yang jauh lebih baik berbanding keluaran generasi pertamanya dengan ciri-ciri yang tiada pada mana-mana cermin mata pintar sebelum ini. 

Cermin mata pintar itu bakal membebaskan tangan pengguna dari gangguan perlu memegang kamera tangan, membolehkan rakaman foto atau klip video dari sisi unik pengguna itu sendiri.

Selain itu cermin mata pintar itu juga membolehkan pengguna strim secara langsung dari cermin mata mereka ke Facebook atau Instagram. 

Pembesar suara serba baharu yang direka khas dengan bass lanjutan serta suara maksimum lebih tinggi dan ciri-ciri audio terarah yang membantu pengurangan kebocoran audio semasa menerima panggilan, mendengar muzik serta podcast walaupun dalam persekitaran yang bising atau berangin. 

Bagi kemudahan rakaman video, susunan lima mikrofon rekaan baharu diberikan untuk rakaman lebih baik, serta tangkapan bunyi lebih tepat seperti pengalaman asal pengguna, sama ada dari hadapan, dari sisi, belakang, malah di arah atas.

Kamera ultra lebar 12 MP baharu dengan kualiti yang dipertingkatkan untuk foto dan video rakaman 1080p sehingga 60 saat, selain ciri-ciri foto boleh dikongsi secara terus kepada rakan dan keluarga dari cermin mata pintar itu dengan arahan suara “hantar foto”.

 Meta lancarkan Ray-Ban Baharu ‘Cermin Mata Pintar Meta’

 

Ia bakal dilancarkan dengan harga $299 USD (RM1,410) dengan pembelian pra-tempahan kini boleh dilakukan di meta.com dan ray-ban.com.

Pembelian terus secara atas talian dan kedai fizikal pula akan bermula 17 Oktober depan di 15 negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan seluruh Eropah.

Sumber: Meta

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending