Terkini
[VIDEO] Minuman Nutri Malt tiada & tidak layak mohon sijil halal – JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk minuman jenama Nutri Malt keluaran syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad tidak memiliki dan tidak layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk minuman jenama Nutri Malt keluaran syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad tidak memiliki dan tidak layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM.
Menurut JAKIM, hal ini bertepatan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 Klausa 6 (2) yang menyebut, “Syarikat yang mengeluar dan/atau mengedar produk halal dan tidak halal (termasuklah perkhidmatan penghantaran makanan) tidak layak untuk memohon pensijilan halal Malaysia”.
Dalam pada itu, JAKIM turut menyarankan agar umat Islam memilih produk yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana ia bukan sahaja dijamin halal, tetapi toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan dan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.
Terdahulu, tular satu video yang dikongsikan oleh seorang pendakwah, Ustaz Syah di laman Tiktok yang mendakwa minuman tersebut tidak halal. Menerusi video itu, Ustaz tersebut berada di sebuah kedai serbaneka menunjukkan minuman itu turut ditempatkan di dalam peti sejuk bersama minuman-minuman halal yang lain.
Sumber: Facebook
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times