Connect with us

Terkini

Tiada syarat hotel, premis perlu letak tanda ‘non-halal lift’ – JAKIM

Tiada sebarang klausa yang ditetapkan di bawah Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 serta Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2020 bahawa pihak hotel atau premis perlu meletakkan penandaan ‘non-halal-lift’.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada syarat hotel, premis perlu letak tanda ‘non-halal lift’ - JAKIM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 serta Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2020, tidak tetapkan pihak hotel atau premis perlu letak penandaan ‘NON-HALAL-LIFT’.
  • Hotel atau premis boleh tetapkan mekanisme kawalan halal bersesuaian fasiliti hotel selaras prosedur ditetapkan bagi jaga integriti Pensijilan Halal Malaysia.
  • Ia dimaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

SHAH ALAM – Tiada sebarang klausa yang ditetapkan di bawah Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 serta Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2020 bahawa pihak hotel atau premis perlu meletakkan penandaan ‘non-halal-lift’.

Bagaimanapun, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pihak premis boleh menetapkan sebarang mekanisme kawalan halal yang bersesuaian dengan fasiliti mereka.

“Jakim ingin merujuk laporan media berhubung sebuah hotel di Kuala Lumpur yang meletakkan tanda ‘non-halal lift’ pada salah satu lif penerimaan bahan mentah hotel berkenaan.

“Dalam laporan berkenaan turut menyatakan arahan berhubung penandaan ‘non-halal lift’ merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Jakim.

“Dimaklumkan, bahawa berpandukan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 serta Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2020, tiada sebarang klausa yang menetapkan bahawa pihak hotel atau premis perlu meletakkan penandaan ‘NON-HALAL-LIFT’.

Papan tanda non halal untuk lif

“Namun begitu, pihak hotel atau premis boleh menetapkan sebarang mekanisme kawalan halal yang bersesuaian dengan fasiliti hotel selaras dengan prosedur yang telah ditetapkan bagi menjaga integriti Pensijilan Halal Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, peguam kontroversi, Siti Kasim, membuat satu hantaran di laman Facebook berkaitan perkara tersebut.

Siti memuat naik gambar ‘non halal lift’ selain meminta penjelasan daripada sebuah hotel terkemuka berhubung kewajaran berbuat demikian.

Pihak hotel tersebut kemudiannya tampil memberi penjelasan menyatakan bahawa pelekat itu ditampal kerana lif berkenaan digunakan untuk membawa barangan tidak halal dan barang mudah rosak.

Ia juga dikatakan merupakan sebahagian daripada keperluan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk memastikan mereka menerima pensijilan halal untuk operasi di belakang tabir hotel, seperti lif perkhidmatan.

Bagaimanapun pihak hotel itu telah membuat perubahan pada pelekat tersebut untuk pemahaman yang lebih baik oleh pelanggan dan tetamunya.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

JAKIM kaji cadangan wajibkan restoran ada sijil halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
  • “Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
  • “Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” kata Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
  • Semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ketika ini proses mendapatkan sijil halal lebih kepada sukarela oleh pengusaha restoran atau pemilik syarikat makanan.

“Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.

“Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” katanya dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.

Na’im berkata masyarakat Islam juga harus lebih peka dan mengambil inisiatif untuk menyemak status halal sesebuah restoran menerusi platform disediakan JAKIM seperti Portal Halal Malaysia.

Beliau berkata kesedaran yang tinggi dalam kalangan pengguna boleh membantu meningkatkan tekanan kepada pengusaha restoran untuk mendapatkan sijil halal.

Terdahulu, semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

JAKIM dalam satu kenyataan dilaporkan berkata semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM bagi menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.

Susulan kenyataan itu, Johnny’s Restaurants, Black Canyon Malaysia dan Dolly Dim Sum tampil membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan pada Rabu.

Mereka memberi jaminan bahan-bahan dan makanan separa siap dihantar ke semua cawangan restoran menerima sijil halal daripada JAKIM.

Foto: Tangkap layar hantaran Dolly Dim Sum di Facebook.

Dolly Dim Sum dalam satu kenyataan memaklumkan, dapur berpusat yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangan telah menerima sijil halal dari JAKIM (JAKIM.700-2/3/1021-06/2024).

Sementara itu, pihak pengurusan Johnny’s Restaurants and Black Canyon Malaysia pula menjelaskan pada masa ini kedua-dua restoran itu belum lagi disahkan halal oleh JAKIM.

Foto: Kenyataan dikeluarkan Johnny’s Restaurant dan Black Canyon Malaysia.

Bagaimanapun, kedua-dua restoran itu menegaskan semua bahan mentah, termasuk ayam, telur, daging, diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending