Connect with us

Terkini

Kotor dan menjijikkan! Pusat penyembelihan ayam diarah tutup – DBKL

Sebuah pusat penyembelihan ayam di Desa Tun Razak, Cheras diarah tutup serta-merta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Selasa selepas didapati melakukan enam kesalahan, antaranya beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan.

Wartawan TMT

Published

on

Kotor dan menjijikkan! Pusat penyembelihan ayam diarah tutup - DBKL
  • Premis itu beroperasi di Desa Tun Razak, Cheras dan diarah tutup oleh DBKL pada Selasa selepas didapati melakukan enam kesalahan.
  • Pekerja didapati tidak mendapatkan suntikan tifoid dan gagal mempamerkan dokumen pengenalan kerana majoriti pekerja warga asing.
  • Operasi terbabit dijalankan bersama JASWPK, IWK dan SPAN.
  • Dikenakan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil 23(3)(b)- UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan Seksyen 47 (1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

CHERAS – Sebuah pusat penyembelihan ayam di Desa Tun Razak, Cheras diarah tutup serta-merta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Selasa selepas didapati melakukan enam kesalahan, antaranya beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan.

Menerusi kenyataan dikeluarkan daripada Facebook DBKL, pihak mereka bersama agensi lain iaitu Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL), Indah Water Konsortium (IWK) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah melakukan pemeriksaan ke atas pusat penyembelihan tersebut pada jam satu pagi pada hari Selasa.

Operasi melibatkan keseluruhan 21 orang anggota itu mendapati lantai dan dinding ruang proses penyembelihan ayam dalam premis berkenaan berada dalam keadaan sangat teruk dengan berkarat, berlumut dan berdaki.

Susulan itu, premis berkenaan turut dikenakan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil 23(3)(b)- UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan Seksyen 47 (1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Dalam kenyataan sama, DBKL memaklumkan, Notis Perintahan Penutupan Di bawah Akta Makanan 1983 iaitu arahan pembersihan dan penambahbaikan berkuatkuasa hari ini (semalam).

JASWPKL turut mengambil sampel air untuk dianalisa dan penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta 127.

Berikut senarai kesalahan premis berkenaan:

  1. Lantai dan dinding di ruang proses berkarat, berlumut, berdaki hitam dan kotor hasil aktiviti sembelihan ayam.
  2. Semua pengendali makanan di premis tidak mendapatkan suntikan tifoid dan gagal mempamerkan dokumen pengenalan kerana hampir semua pekerja merupakan warga asing.
  3. Tiada sistem penapisan sisa efluen/water treatment.
  4. Sisa efluen/fizikal/darah tanpa dirawat hasil aktiviti penyembelihan ayam terus dialirkan ke saliran/longkang awam.
  5. Meletakkan atau memproses ayam mentah di atas lantai.
  6. Tandas kotor dan tiada kelengkapan asas.

Sumber : Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending