Connect with us

Terkini

Gula-gula ‘Soft Candy With Jam’ tidak halal

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan status halal produk ‘Soft Candy With Jam’ yang didakwa mempunyai kandungan ramuan tidak halal iaitu pork Gelatine (gelatin babi) pada label pembungkusan produk walaupun tertera logo halal di bungkusan itu. 

Wartawan TMT

Published

on

Gula-gula ‘Soft Candy With Jam’ tidak halal
  • Tular di media sosial mengenai dakwaan sebuah produk ‘Soft Candy With Jam’ mengandungi kandungan ‘Pork Gelatine’ pada label pembungkusan produk walaupun ada logo halal. 
  • JAKIM tampil membuat kenyataan dan mendakwa bahawa logo produk terbabit tidak mendapat pengiktirafan JAKIM.
  • Penggunaan logo halal terbabit adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini. 
  • “Pengguna Muslim dinasihatkan untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang pembelian dan transaksi,” – JAKIM.

KUALA LUMPUR –  Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan status halal produk ‘Soft Candy With Jam’ yang didakwa mempunyai kandungan ramuan tidak halal iaitu pork Gelatine (gelatin babi) pada label pembungkusan produk walaupun tertera logo halal di bungkusan itu. 

Bagi menjawab persoalan ramai mengenai status halal produk terbabit, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil membuat kenyataan bagi membuat penjelasan berkenaan produk itu. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Hab Halal, JAKIM, produk itu telah menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh JAKIM dan penggunaan logo halal terbabit adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini. 

Pada produk tersebut juga tertera logo Halal Food Council International Malaysia & Asia Region dan ia telah mengundang keresahan dan salah faham masyarakat terhadap pensijilan halal Malaysia.

“Pengguna Muslim dinasihatkan untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang pembelian dan transaksi,” katanya menurut kenyataan di Facebook.

Pihak JAKIM juga menasihatkan sekiranya pengguna menjumpai produk tersebut di pasaran, adalah dinasihatkan untuk mengemukakan aduan lengkap dan salurkannya kepada pihak berkuasa atau JAKIM. 

Dalam pada itu,  Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut menggesa orang ramai untuk terus berhati-hati apabila melihat logo halal. 

“Sebagai pengguna haruslah kita berhati-hati biarpun ada produk menunjukkan logo halal, ini kerana ada golongan yang menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf JAKIM, oleh itu boleh jadi ada unsur-unsur keraguan tentang halal haram produk yang menggunakan logo halal yang tidak sah,” katanya menerusi kenyataan di Facebook. 

Sumber: Facebook Jakim & PPIM 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending