Connect with us

Terkini

Tangani jaminan produk halal segera – Perdana Menteri

Sebarang isu yang berkait dengan jaminan halal penting untuk ditangani dalam usaha mempromosikan industri halal kerana ia berisiko merosakkan imej halal yang diusahakan selama ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Wartawan TMT

Published

on

Tangani jaminan produk halal segera - Perdana Menteri
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jaminan halal penting untuk ditangani bagi mempromosi industri halal susulan ia berisiko merosakkan imej halal yang diusahakan.
  • Jaminan halal yang dimaksudkan merujuk kepada keyakinan pengguna, penyeragaman, pensijilan dan akreditasi,
  • Terdapat 8,000 syarikat di Malaysia iktiraf halal dengan 20 peratus adalah syarikat pengeksport.
  • JAKIM turut bekerjasama dengan badan pensijilan halal bagi kesegaraman piawaian.

KUALA LUMPUR – Sebarang isu yang berkait dengan jaminan halal penting untuk ditangani dalam usaha mempromosikan industri halal kerana ia berisiko merosakkan imej halal yang diusahakan selama ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Jaminan halal yang saya maksudkan ini merujuk kepada keyakinan pengguna, penyeragaman, pensijilan dan akreditasi,” kata beliau ketika berucap merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-18 di sini pada Khamis.

Menurut Perdana Menteri, kini terdapat lebih 8,000 syarikat di Malaysia diiktiraf halal dengan lebih 20 peratus daripadanya adalah syarikat pengeksport.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut bekerjasama dengan badan pensijilan halal dari pelbagai negara untuk keseragaman piawaian dalam pematuhan kepada undang-undang Syariah,” katanya.

Sumber: Bernama 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

GISBH: Jumlah kanak-kanak diselamatkan kini 662 orang – Fahmi Fadzil

Jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
  • Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang.
  • Kesemua mereka juga kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.
  • Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada Selasa.
  • Polis melancarkan Op Global awal September lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.
  • Seramai 359 pengikut GISBH turut ditahan dalam Op berkenaan, termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu, dan Perlis, Selangor serta Pahang mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH yang dikaitkan dengan kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama itu sebagai menyeleweng dan sesat.

PUTRAJAYA — Jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata kesemua mereka juga kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“…kita tidak bincang perkara lain seperti isu fatwa di peringkat negeri, sama ada ajaran dibawa kumpulan ini sesat atau tidak. Boleh rujuk kepada fatwa daripada mufti,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada isu berkaitan GISBH Holdings Sdn Bhd dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Polis melancarkan Op Global awal September lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Seramai 359 pengikut GISBH turut ditahan dalam Op berkenaan, termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu, dan Perlis, Selangor serta Pahang mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH yang dikaitkan dengan kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama itu sebagai menyeleweng dan sesat. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending