Connect with us

Terkini

Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal

Seorang lelaki Muslim berkongsi pengalamannya dijemput ke sebuah program dianjurkan di restoran menghidangkan makanan tidak halal.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang lelaki Muslim berkongsi pengalamannya dijemput ke sebuah program dianjurkan di restoran menghidangkan makanan tidak halal.
  • Pemilik akaun X yang bernama @saifyakhtar membuat satu hantaran pada 25 November lalu berkata, dia dijemput oleh pengurus perhubungan sebuah bank Islamik untuk hadir ke program pelaburan itu.
  • “Saya terkejut apabila mengetahui ia diadakan di tempat tidak halal. Ini nampaknya tidak selari dengan jangkaan saya dari sebuah bank Islamik,” katanya.

Seorang lelaki Muslim berkongsi pengalamannya dijemput ke sebuah program dianjurkan di restoran menghidangkan makanan tidak halal.

Pemilik akaun X yang bernama @saifyakhtar membuat satu hantaran pada 25 November lalu berkata, dia dijemput oleh pengurus perhubungan sebuah bank Islamik untuk hadir ke program pelaburan itu.

“Saya terkejut apabila mengetahui ia diadakan di tempat tidak halal. Ini nampaknya tidak selari dengan jangkaan saya dari sebuah bank Islamik,” katanya.

Foto: Tangkap layar yang dikongsikan @saifyakhtar

Beliau berkata dia memilih bank Islamik supaya selari dengan nilainya, namun pemilihan tempat itu seolah-olah mengabaikan prinsip itu.

Katanya, dia tidak hadir ke program itu bukan kerana ada makanan tidak halal, tetapi sebagai penentangan atas perasaannya diketepikan sebagai pelanggan yang dihargai.

“Adalah penting untuk perniagaan, terutamanya dalam suasana kepelbagaian, menghormati dan mencerminkan nilai pelanggan mereka,” katanya. – The Merdeka Times

Sumber: X @saifyakhtar

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *