Terkini
Tiada lesen antara punca peningkatan kemalangan maut penunggang motosikal berusia 16-30 tahun – TPM
Kelompok berusia antara 16 hingga 30 tahun merekodkan statistik tertinggi yang maut akibat kemalangan motosikal pada tahun lalu membabitkan 1,674 mangsa.

- Kelompok berusia antara 16 hingga 30 tahun merekodkan statistik tertinggi yang maut akibat kemalangan motosikal pada tahun lalu membabitkan 1,674 mangsa.
- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, peningkatan kematian penunggang motosikal daripada kumpulan berumur 16 hingga 30 tahun itu mempunyai kaitan dengan ketiadaan lesen memandu dan tidak mematuhi peraturan jalan raya.
- “Saya dimaklumkan bahawa kemalangan ini telah mula berlaku di umur rendah walaupun syarat memohon lesen bermula 16 tahun, tetapi oleh kerana pelajar sekolah rendah telah mula menunggang motosikal seawal tujuh atau lapan tahun.
- “(Punca kemalangan maut) Mereka tiada lesen dan tidak ikut peraturan lalu lintas dan peraturan permotoran,” katanya dipetik Astro Awani di sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus bersama Persatuan Motosikal Malaysia di bangunan Kementerian Pengangkutan (MOT) di Putrajaya hari ini.
KUALA LUMPUR — Kelompok berusia antara 16 hingga 30 tahun merekodkan statistik tertinggi yang maut akibat kemalangan motosikal pada tahun lalu membabitkan 1,674 mangsa.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah kematian penunggang motosikal akibat nahas jalan raya pada 2023 secara keseluruhan meningkat 10 peratus dengan 4,480 kemalangan maut melibatkan 4,499 jumlah kematian.
Beliau berkata peningkatan kematian penunggang motosikal daripada kumpulan berumur 16 hingga 30 tahun itu mempunyai kaitan dengan ketiadaan lesen memandu dan tidak mematuhi peraturan jalan raya.
“Saya dimaklumkan bahawa kemalangan ini telah mula berlaku di umur rendah walaupun syarat memohon lesen bermula 16 tahun, tetapi oleh kerana pelajar sekolah rendah telah mula menunggang motosikal seawal tujuh atau lapan tahun.
“(Punca kemalangan maut) Mereka tiada lesen dan tidak ikut peraturan lalu lintas dan peraturan permotoran,” katanya dipetik Astro Awani di sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus bersama Persatuan Motosikal Malaysia di bangunan Kementerian Pengangkutan (MOT) di Putrajaya hari ini.
Hadir sama Menteri MOT, Anthony Loke dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah. — The Merdeka Times
