Connect with us

Otomobil

Tesla dilancar secara rasmi di Malaysia pada 20 Julai ini

Tesla akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 20 Julai ini, kira-kira empat bulan selepas mengumumkan untuk membuka sebuah ibu pejabat di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Tesla dilancar secara rasmi di Malaysia pada 20 Julai ini
Foto: Jemputan perasmian Tesla di Malaysia.
  • Tesla akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 20 Julai ini, kira-kira empat bulan selepas mengumumkan untuk membuka sebuah ibu pejabat di negara ini.
  • Pembukaan rasmi pengeluar kenderaan elektrik (EV) itu akan diadakan di ibu negara, demikian menurut jemputan yang diterima oleh BH.
  • Tesla pada awal Mac lalu mengumumkan rancangan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia, memperkenalkan Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla serta mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger di Malaysia.
  • Kemasukan Tesla ke Malaysia telah dipermudahkan oleh MITI melalui pengenalan inisiatif ‘BEV Global Leaders’ bagi tujuan membantu meningkatkan permintaan BEV dalam pasaran tempatan dan menggalakkan pembangunan keseluruhan ekosistem untuk menyokong penggunaan BEV.

KUALA LUMPUR – Tesla akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 20 Julai ini, kira-kira empat bulan selepas mengumumkan untuk membuka sebuah ibu pejabat di negara ini.

Pembukaan rasmi pengeluar kenderaan elektrik (EV) itu akan diadakan di ibu negara, demikian menurut jemputan yang diterima oleh BH.

Tesla pada awal Mac lalu mengumumkan rancangan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia, memperkenalkan Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla serta mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger di Malaysia.

Ini selepas Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Kenderaan Bateri Elektrik (BEV) ke Malaysia.

Kemasukan Tesla ke Malaysia telah dipermudahkan oleh MITI melalui pengenalan inisiatif ‘BEV Global Leaders’ bagi tujuan membantu meningkatkan permintaan BEV dalam pasaran tempatan dan menggalakkan pembangunan keseluruhan ekosistem untuk menyokong penggunaan BEV.

Di samping itu, inisiatif ini bertujuan untuk mendapatkan pelaburan daripada syarikat pengeluar BEV global terkemuka di Malaysia.

Tesla ialah pemohon pertama inisiatif oleh MITI ini.

Advertisement

Setakat ini, belum dapat dipastikan model yang akan dibawa masuk oleh Tesla ke Malaysia sempena pelancara rasmi itu.

Bagaimanapun, berdasarkan pasaran di Singapura dan Thailand, Tesla berkemungkinan besar akan menampilkan Model Y dan Model 3 ke Malaysia.

Di Singapura, Model Y dijual pada harga bermula S$87,990 (kira-kira RM303,000) manakala Model 3 bermula pada harga S$75,990 (kira-kira RM262,000).

Sementara itu, di Thailand, model Y berharga daripada 1.959 juta baht (kira-kira RM260,000) dengan Model 3 bermula pada harga 1.759 juta baht (kira-kira RM233,000).

Sumber: Berita Harian

Author

Otomobil

Chery Malaysia lancar Tiggo 8Pro, Omoda 5 serentak

Chery Malaysia telah melancarkan dua model kenderaan utiliti sukan (SUV), Tiggo 8Pro dan Omoda 5 serentak, malam tadi.

Wartawan TMT

Published

on

Chery Malaysia lancar Tiggo 8Pro, Omoda 5 serentak
Foto: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua dari kiri) melihat SUV itu ketika majlis pelancaran itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam tadi.
  • Chery Malaysia melancarkan dua model kenderaan utiliti sukan (SUV), Tiggo 8Pro dan Omoda 5 serentak, malam tadi.
  • Menurut Naib Presidennya, Wen Hsiang, dua varian ditawarkan untuk Omoda 5 pada harga bermula RM108,800 manakala hanya satu varian ditawarkan untuk Tiggo 8Pro pada harga RM 159,800.
  • Turut hadir melancarkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
  • “Bagi 3,000 pelanggan pertama akan menerima waranti enjin selama 10 tahun atau satu juta kilometer perjalanan,” tambahnya. 

KUALA LUMPUR – Chery Malaysia telah melancarkan dua model kenderaan utiliti sukan (SUV), Tiggo 8Pro dan Omoda 5 serentak, malam tadi.

Menurut Naib Presidennya, Wen Hsiang, dua varian ditawarkan untuk Omoda 5 pada harga bermula RM108,800 manakala hanya satu varian ditawarkan untuk Tiggo 8Pro pada harga RM 159,800.

“Harga yang kompetitif ini menggambarkan komitmen kami untuk menjadikan kecemerlangan dapat dicapai, menawarkan pelanggan kami kenderaan yang luar biasa yang menggabungkan gaya, prestasi dan nilai.

“Nilai luar biasa ini membolehkan pelanggan kami menikmati kemewahan, kecanggihan dan ciri canggih SUV yang luar biasa ini,” katanya ketika majlis pelancaran model itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir melancarkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tambahnya, Chery juga menawarkan waranti kenderaan selama tujuh tahun atau 150,000 kilometer (km) perjalanan.

“Bagi 3,000 pelanggan pertama akan menerima waranti enjin selama 10 tahun atau satu juta kilometer perjalanan,” tambahnya. – 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending