Connect with us

PRU-15

[VIDEO] Siti Kasim mahu pisahkan agama daripada politik dan pendidikan

Peguam dan aktivis kontroversi, Siti Zabedah Kasim berjanji untuk menghentikan penyalahgunaan agama oleh ahli politik bagi “menghalalkan” kesalahan mereka.

Wartawan TMT

Published

on

[VIDEO] Siti Kasim mahu pisahkan agama daripada politik dan pendidikan
  • Calon bebas, Siti Kasim mahu memisahkan agama daripada pendidikan kerana dia berpendapat pengajian agama perlu diketepikan dan lebih memfokuskan kepada subjek Sains, Matematik dan pengajian bahasa.
  • Di samping itu, ujarnya, dia berjanji untuk menghentikan penyalahgunaan agama oleh ahli politik bagi “menghalalkan” kesalahan mereka dan menyebut PH tidak menyentuh isu sensitif itu.
  • “Pada pandangan saya, penggunaan agama merupakan punca kepada semua masalah di Malaysia.
  • “Ahli politik harus berhenti menggunakan agama sebagai senjata untuk kekal berkuasa terus mencuri dan merompak negara,” katanya.

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis kontroversi, Siti Zabedah Kasim berjanji untuk menghentikan penyalahgunaan agama oleh ahli politik bagi “menghalalkan” kesalahan mereka.

Beliau berkata Pakatan Harapan (PH) enggan menyentuh isu sensitif itu, justeru dirinya akan berbuat demikian sebagai calon bebas bagi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurutnya, penggunaan agama dalam kerajaan oleh ahli politik kini menjadi perkara biasa dan isu tersebut tidak pernah diperkatakan oleh PH.

“Pada pandangan saya, penggunaan agama merupakan punca kepada semua masalah di Malaysia.

“Ahli politik harus berhenti menggunakan agama sebagai senjata untuk kekal berkuasa terus mencuri dan merompak negara,” katanya semasa siaran langsung ceramah bertajuk “Malaysia di Persimpangan” anjuran Malaysia 360 hari ini.

View this post on Instagram

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@merdekatimes_)

Advertisement

Di samping itu, Siti Kasim juga mahu memisahkan agama daripada pendidikan kerana dia berpendapat pengajian agama perlu diketepikan dan lebih memfokuskan kepada subjek Sains, Matematik dan pengajian bahasa.

Ini merujuk kepada masa di sekolah pada 1970-an dan awal 1980-an, di mana dia hanya mempunyai satu subjek agama setiap minggu dan tidak wajib bagi pelajar untuk lulus mata pelajaran itu.

Siti Kasim kemudian berkata, ketika itu  tumpuan diberi kepada subjek Sains dan Matematik, dengan tambahan subjek Pendidikan Sivik.

Sumber: News Straits Times

Advertisement

PRU-15

Kemenangan di Padang Serai signal PN jadi pembangkang kuat di Parlimen?

Kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Padang Serai semalam merupakan signal jelas bahawa parti itu akan menjadi pembangkang kuat di Parlimen nanti. 

Rasyidah Zulkifli

Published

on

Kemenangan di Padang Serai signal PN jadi pembangkang kuat di Parlimen?
Foto: Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain (atas), Dr Mohammad Tawfik Yaakub (bawah).
  • Kemenangan PN di Padang Serai merupakan signal parti itu akan menjadi pembangkang yang kuat di dalam Parlimen dengan sokongan pengundi, khususnya pengundi Melayu.
  • Penganalisis politik dari UPM, Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain menyifatkan penyokong PN tidak dapat menerima pembentukan kerajaan PH-BN.
  • “Semakin bertambah kerusi PN, maka bertambah kuatlah suara pembangkang itu,” kata Mohd Izani.
  • Semalam, calon PN, Datuk Azman Nasrudin memenangi kerusi Parlimen Padang Serai dengan memperoleh 51,637 undi menewaskan calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak (35,377 undi) dan calon BN, Datuk C Sivaraajh yang hilang deposit selepas hanya meraih 2,983 undi.
  • Penganalisis Politik UM, Dr Mohammad Tawfik Yaakub pula menyifatkan kejayaan BN di DUN Tioman dengan majoriti tipis, bukanlah kejayaan yang jelas.
  • Kerusi DUN Tioman dimenangi calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain dengan majoriti tipis 573 undi.

KUALA LUMPUR – Kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Padang Serai semalam merupakan signal jelas bahawa parti itu akan menjadi pembangkang kuat di Parlimen nanti. 

Kemenangan di Padang Serai menjadikan keseluruhan 74 kerusi Parlimen dikuasai PN selepas berjaya menembusi kubu kuat PH di Padang Serai dengan lebih 16,000 majoriti undi selain menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) hilang deposit.

Kedudukan terkini kerusi di Parlimen itu menjadi PN menambah keupayaannya untuk memainkan peranan semak dan imbang ke atas pentadbiran kerajaan campuran diterajui PH-BN.

Penganalisis politik dari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata rakyat, khususnya penyokong PN, jelas tidak dapat menerima pembentukan kerajaan PH-BN. 

Katanya, perkara itu diterjemahkan dengan majoriti undi besar diraih calon PN yang memenangi kerusi Parliman Padang Serai.

“Bagi saya PN menang sebab rakyat Padang Serai mahu memperkukuhkan lagi pembangkang kerana semakin bertambah kerusi PN, maka bertambah kuatlah suara pembangkang itu. 

“Selain itu, mereka juga melihat kerajaan perpaduan ini sebagai kerajaan yang minoriti Melayu yang melibatkan parti UMNO sahaja. 

Advertisement

“Ini mungkin satu terjemahan pengundi untuk terus memberikan sokongan kepada PN kerana PN dilihat sebagai pilihan terbaik pengundi Melayu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Mohd Izani berkata meskipun tidak dapat membentuk kerajaan persekutuan buat masa ini, keyakinan pengundi Melayu terhadap PN tidak pernah surut. 

Semalam, calon PN, Datuk Azman Nasrudin memenangi kerusi Parlimen Padang Serai dengan memperoleh 51,637 undi. 

Dengan majoriti 16,620 undi, Azman jauh meninggalkan calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak yang mendapat 35,377 undi serta calon BN, Datuk C Sivaraajh yang hilang deposit selepas hanya meraih 2,983 undi.

Sejak 2008 Padang Serai menjadi kubu kuat PH, namun setelah 14 tahun memerintah, akhirnya ia jatuh ke tangan parti dengan sokongan majoriti pengundi Melayu.

Sementara itu, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam turut menyaksikan DUN Tioman dimenangi calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain dengan majoriti tipis 573 undi.

Advertisement

Realiti ini menyaksikan pengurangan sokongan pengundi kepada BN berbanding calon PN.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub bagaimanapun berkata kemenangan BN di Tioman, bukan satu kejayaan yang jelas.

“Dengan kekuatan PH-BN kemudian membentuk kerajaan persekutuan bukanlah kemenangan yang boleh dibanggakan oleh parti campuran itu.  

“Kerana kita lihat dengan kekuatan yang sedia ada, hanya sekadar mampu memperoleh majoriti sedemikian, memalukan,” katanya.

Diminta mengulas mengenai pelantikan kabinet kleptokrat, Mohammad Tawfik masih berpegang pada pendirian sama.

“Saya masih konsisten dengan pendirian saya sebelum pembubaran Parlimen di mana bagi saya kita tidak boleh untuk melantik mereka yang dibicarakan di mahkamah. 

Advertisement

“Saya suka berpegang dengan konteks legally right, morally wrong. Bagi saya itu tidak boleh diteruskan dan dibanggakan kerana ini merupakan prinsip,” katanya.

Mohammad Tawfik menegaskan soal prinsip tiada kompromi dan perlu diberi perhatian semula oleh Perdana Menteri ke-10.

“Walaupun dikatakan oleh sebilangan penyokong-penyokong kita perlu berikan masa dan peluang. 

“Bagi saya ini melibatkan imej dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 24 tahun yang tercalar hanya dengan satu pelantikan,” katanya. – The Merdeka Times.

Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending