Connect with us

PRU-15

[VIDEO] Ada bukti DAP komunis, Hadi Awang tidak gentar dilapor polis

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan tidak akan menarik balik kenyataannya yang mendakwa DAP adalah parti yang menyokong dan membawa ideologi komunis. 

Wartawan TMT

Published

on

[VIDEO] Ada bukti DAP komunis, Hadi Awang tidak gentar dilapor polis
Foto: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
  • “Saya tidak akan mohon maaf atau tarik balik (kenyataan itu). Eloklah (mereka) buat laporan polis, memang saya kenal beberapa orang (pimpinan DAP) yang tak percaya Tuhan. (Mereka) pernah bercampur dengan kami, tak perlu sebut nama. Nanti jumpalah di mahkamah. Saya boleh tunjuk bukti,” – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang
  • “Ini nyata, masa (DAP) perintah Pulau Pinang, sama seperti apa berlaku di Singapura. DAP tonjolkan calon Melayu sebagai alat politik, macam Lee Kuan Yew pernah buat di Singapura, gunakan parti Melayu. Sebab itu mereka nak lantik (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, sebab Anwar ikut (arahan) dia.”
  • Walaupun mengakui bukan semua pimpinan DAP dipengaruhi ideologi komunis, PAS tetap pendirian tidak bekerjasama dengan parti itu dan PH kerana mendakwa agenda politik mereka sangat ‘bahaya’. 
  • Hadi Awang telah dipanggil ke Bukit Aman bagi beri keterangan.

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan tidak akan menarik balik kenyataannya yang mendakwa DAP adalah parti yang menyokong dan membawa ideologi komunis. 

Beliau juga mengakui tidak gentar, malah tidak akan berganjak daripada pendirian itu walaupun berdepan pelbagai desakan daripada pimpinan DAP. 

“Saya tidak akan mohon maaf atau tarik balik (kenyataan itu). Eloklah (mereka) buat laporan polis, memang saya kenal beberapa orang (pimpinan DAP) yang tak percaya Tuhan. (Mereka) pernah bercampur dengan kami, tak perlu sebut nama. 

“Nanti jumpalah di mahkamah. Saya boleh tunjuk bukti,” katanya mengulas laporan polis pemimpin DAP yang mendakwa beliau bersikap rasis dan fitnah membabitkan isu parti komunis.

Advertisement

Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden PAS di sini, hari ini.

Yang turut hadir, calon PN Parlimen Wangsa Maju, Nuridah Mohd Salleh; calon PN Parlimen Batu, Azhar Yahya dan calon PN Lembah Pantai, Fauzi Abu Bakar.

DAP sebelum ini mencabar Abdul Hadi membuat laporan polis berhubung dakwaan bahawa ada pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada puak komunis dan menolak institusi Raja. 

Abdul Hadi yang juga Timbalan Presiden Perikatan Nasional (PN), turut mendedahkan pengaruh komunis dalam pentadbiran DAP terserlah ketika mentadbir Pulau Pinang. 

“Ini nyata, masa (DAP) perintah Pulau Pinang, sama seperti apa yang berlaku di Singapura. DAP tonjolkan calon Melayu sebagai alat politik, macam Lee Kuan Yew pernah buat di Singapura, gunakan parti Melayu. 

“Sebab itu mereka nak lantik (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, sebab Anwar ikut (arahan) dia,” katanya. 

Advertisement

Penyandang Parlimen Marang itu turut memberitahu telah dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung isu berkenaan. 

“Polis dah panggil saya ke Bukit Aman. (Pada mulanya) polis nak datang ke rumah, tetapi saya pilih untuk pergi (Bukit Aman). Yang datang (uruskan) pun polis (berbangsa) India, bukan Melayu. Jika (polis) Melayu, mungkin boleh cetus sentimen kaum dan sebagainya. 

“Ada buktinya yang saya telah kemukakan kepada Bukit Aman,” katanya. 

Walaupun mengakui bukan semua pimpinan DAP dipengaruhi ideologi komunis, katanya, PAS tetap dengan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan parti itu dan PH kerana mendakwa agenda politik mereka sangat ‘bahaya’. 

“Dalam PH ini ada macam-macam, komunis dan bekas komunis. Kita masih ingat pemimpin DAP minta bawa balik abu mayat Chin Peng (bekas pemimpin Parti Komunis Malaya). 

“Selain itu, ada dalam kalangan mereka ini liberal, menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), ada juga yang bagi dan terima rasuah,” katanya. 

Advertisement

Hadi turut berkata, agenda DAP dan PH yang jauh menyimpang daripada prinsip PAS turut menjadi punca parti itu memilih untuk keluar daripada Pakatan Rakyat pada 2008. 

Untuk rekod, selain PAS, Pakatan Rakyat adalah gabungan beberapa parti termasuk PKR dan DAP.

Sumber : Berita Harian

 

PRU-15

Kemenangan di Padang Serai signal PN jadi pembangkang kuat di Parlimen?

Kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Padang Serai semalam merupakan signal jelas bahawa parti itu akan menjadi pembangkang kuat di Parlimen nanti. 

Rasyidah Zulkifli

Published

on

Kemenangan di Padang Serai signal PN jadi pembangkang kuat di Parlimen?
Foto: Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain (atas), Dr Mohammad Tawfik Yaakub (bawah).
  • Kemenangan PN di Padang Serai merupakan signal parti itu akan menjadi pembangkang yang kuat di dalam Parlimen dengan sokongan pengundi, khususnya pengundi Melayu.
  • Penganalisis politik dari UPM, Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain menyifatkan penyokong PN tidak dapat menerima pembentukan kerajaan PH-BN.
  • “Semakin bertambah kerusi PN, maka bertambah kuatlah suara pembangkang itu,” kata Mohd Izani.
  • Semalam, calon PN, Datuk Azman Nasrudin memenangi kerusi Parlimen Padang Serai dengan memperoleh 51,637 undi menewaskan calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak (35,377 undi) dan calon BN, Datuk C Sivaraajh yang hilang deposit selepas hanya meraih 2,983 undi.
  • Penganalisis Politik UM, Dr Mohammad Tawfik Yaakub pula menyifatkan kejayaan BN di DUN Tioman dengan majoriti tipis, bukanlah kejayaan yang jelas.
  • Kerusi DUN Tioman dimenangi calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain dengan majoriti tipis 573 undi.

KUALA LUMPUR – Kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Padang Serai semalam merupakan signal jelas bahawa parti itu akan menjadi pembangkang kuat di Parlimen nanti. 

Kemenangan di Padang Serai menjadikan keseluruhan 74 kerusi Parlimen dikuasai PN selepas berjaya menembusi kubu kuat PH di Padang Serai dengan lebih 16,000 majoriti undi selain menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) hilang deposit.

Kedudukan terkini kerusi di Parlimen itu menjadi PN menambah keupayaannya untuk memainkan peranan semak dan imbang ke atas pentadbiran kerajaan campuran diterajui PH-BN.

Penganalisis politik dari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata rakyat, khususnya penyokong PN, jelas tidak dapat menerima pembentukan kerajaan PH-BN. 

Katanya, perkara itu diterjemahkan dengan majoriti undi besar diraih calon PN yang memenangi kerusi Parliman Padang Serai.

“Bagi saya PN menang sebab rakyat Padang Serai mahu memperkukuhkan lagi pembangkang kerana semakin bertambah kerusi PN, maka bertambah kuatlah suara pembangkang itu. 

“Selain itu, mereka juga melihat kerajaan perpaduan ini sebagai kerajaan yang minoriti Melayu yang melibatkan parti UMNO sahaja. 

Advertisement

“Ini mungkin satu terjemahan pengundi untuk terus memberikan sokongan kepada PN kerana PN dilihat sebagai pilihan terbaik pengundi Melayu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Mohd Izani berkata meskipun tidak dapat membentuk kerajaan persekutuan buat masa ini, keyakinan pengundi Melayu terhadap PN tidak pernah surut. 

Semalam, calon PN, Datuk Azman Nasrudin memenangi kerusi Parlimen Padang Serai dengan memperoleh 51,637 undi. 

Dengan majoriti 16,620 undi, Azman jauh meninggalkan calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak yang mendapat 35,377 undi serta calon BN, Datuk C Sivaraajh yang hilang deposit selepas hanya meraih 2,983 undi.

Sejak 2008 Padang Serai menjadi kubu kuat PH, namun setelah 14 tahun memerintah, akhirnya ia jatuh ke tangan parti dengan sokongan majoriti pengundi Melayu.

Sementara itu, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam turut menyaksikan DUN Tioman dimenangi calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain dengan majoriti tipis 573 undi.

Advertisement

Realiti ini menyaksikan pengurangan sokongan pengundi kepada BN berbanding calon PN.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub bagaimanapun berkata kemenangan BN di Tioman, bukan satu kejayaan yang jelas.

“Dengan kekuatan PH-BN kemudian membentuk kerajaan persekutuan bukanlah kemenangan yang boleh dibanggakan oleh parti campuran itu.  

“Kerana kita lihat dengan kekuatan yang sedia ada, hanya sekadar mampu memperoleh majoriti sedemikian, memalukan,” katanya.

Diminta mengulas mengenai pelantikan kabinet kleptokrat, Mohammad Tawfik masih berpegang pada pendirian sama.

“Saya masih konsisten dengan pendirian saya sebelum pembubaran Parlimen di mana bagi saya kita tidak boleh untuk melantik mereka yang dibicarakan di mahkamah. 

Advertisement

“Saya suka berpegang dengan konteks legally right, morally wrong. Bagi saya itu tidak boleh diteruskan dan dibanggakan kerana ini merupakan prinsip,” katanya.

Mohammad Tawfik menegaskan soal prinsip tiada kompromi dan perlu diberi perhatian semula oleh Perdana Menteri ke-10.

“Walaupun dikatakan oleh sebilangan penyokong-penyokong kita perlu berikan masa dan peluang. 

“Bagi saya ini melibatkan imej dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 24 tahun yang tercalar hanya dengan satu pelantikan,” katanya. – The Merdeka Times.

Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending