Connect with us

Terkini

PM ‘interim’ atau ‘caretaker’ tiada dalam Perlembagaan Persekutuan – Peguam

Seorang pakar perlembagaan menolak tanggapan bahawa perdana menteri “caretaker” (sementara) boleh dilantik memandangkan tiada satu pun gabungan utama memenangi majoriti kerusi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15). 

Wartawan TMT

Published

on

PM 'interim' atau 'caretaker' tiada dalam Perlembagaan Persekutuan - Peguam
Foto: Philip Koh
  • Profesor adjung di Universiti Malaya, Philip Koh  menolak tanggapan bahawa PM sementara boleh dilantik sedangkan Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan sedemikian.
  • “Istilah ‘caretaker’ hanya untuk gambarkan ketua eksekutif Jemaah Menteri, contohnya pemegang jawatan selepas Parlimen dibubarkan sehingga individu baharu yang menguasai majoriti dilantik sebagai PM,” katanya.
  • Koh berkata, Yang di-Pertuan Agong akan memilih seorang Ahli Parlimen yang kemungkinan dapat kepercayaan Dewan Rakyat apabila ia bersidang.
  • “Perdana menteri yang dilantik perlu segera tertakluk kepada undi percaya di Dewan Rakyat. Itu akan menyelesaikan kebuntuan,” ujarnya.

 

PETALING JAYA: Seorang pakar perlembagaan menolak tanggapan bahawa perdana menteri “caretaker” (sementara) boleh dilantik memandangkan tiada satu pun gabungan utama memenangi majoriti kerusi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15). 

Profesor adjung di Universiti Malaya, Philip Koh berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan sedemikian.

“Istilah ‘caretaker’ dilampirkan untuk menggambarkan ketua eksekutif Jemaah Menteri, contohnya pemegang jawatan selepas Parlimen dibubarkan sehingga individu baharu yang menguasai majoriti dilantik sebagai perdana menteri,” katanya kepada FMT.

“Kata sifat seperti ‘interim’ dan ‘caretaker’ tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.” Beliau menjawab gesaan wartawan veteran Terence Netto supaya perdana menteri sementara dilantik.

Koh berkata, Yang di-Pertuan Agong akan memilih seorang Ahli Parlimen yang berkemungkinan mendapat kepercayaan Dewan Rakyat apabila ia bersidang. 

“Ini bermakna baginda mempunyai budi bicara dari segi perlembagaan untuk membuat penilaian objektif,” katanya. 

Bagaimanapun, masalah dengan Perlembagaan Persekutuan adalah ia tidak memberikan sebarang panduan untuk budi bicara sedemikian, katanya. 

Oleh itu, kini wujud perdebatan antara penyokong model Westminster, yang menjadi asas sistem Parlimen negara, dan mereka yang berpendapat perlembagaan negara tidak mempunyai kekangan seperti itu melalui konvensyen. 

Jadi berhubung melantik Ahli Parlimen dengan sokongan terbanyak, masalah yang timbul adalah bagaimana untuk memastikan sokongan, kata Koh. 

“Perdana menteri yang dilantik perlu segera tertakluk kepada undi percaya di Dewan Rakyat. Itu akan menyelesaikan kebuntuan.” 

Pada PRU Sabtu lepas, tiada mana-mana gabungan yang memperoleh kerusi mencukupi untuk majoriti di Dewan Rakyat. 

Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi, Perikatan Nasional 73 kerusi, Barisan Nasional (30), GPS (23), GRS (6), Warisan (3), dan Parti Bangsa Malaysia satu kerusi. Dua orang calon bebas turut terpilih. 

Kedua-dua pengerusi PH dan PN mendakwa mereka mempunyai sokongan yang mencukupi untuk majoriti, dengan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin sebelum ini menolak sebarang pakatan dengan PH.

 

Sumber : Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending