Connect with us

Terkini

PN setuju pertimbang penubuhan kerajaan perpaduan

Perikatan Nasional (PN) bersetuju mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

Wartawan TMT

Published

on

PN setuju pertimbang penubuhan kerajaan perpaduan
Foto: Kenyataan media Perikatan Nasional

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) bersetuju mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

Foto: Kenyataan Media Perikatan Nasional

Perkara itu dibuat selepas Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) diadakan hari ini bagi membincangkan mengenai cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Selaras dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara,” kata Setiausaha Agungnya, Dato Seri Hamzah Zainudin dalam hantaran di Facebook.

Pada masa sama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut mengambil pendirian yang sama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sebelum ini memilih untuk akur dengan sebarang keputusan dan nasihat Yang di-Pertuan Agong berhubung pembentukan kerajaan perpaduan.

Pada Selasa, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian gabungan itu yang menolak untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) meskipun selepas permintaan itu dizahirkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Facebook: Perikatan Nasional

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Muslim lemah dan letih, Ramadan masa terbaik bunuh penduduk Gaza – Ahli Parlimen Israel

Ramadan masa terbaik untuk membunuh penduduk Gaza yang lemah dan letih kerana mereka berpuasa, kata Ahli Knesset (Parlimen Israel), Almog Cohen.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Ahli Knesset (Parlimen Israel), Almog Cohen.

Ramadan masa terbaik untuk membunuh penduduk Gaza yang lemah dan letih kerana mereka berpuasa, kata Ahli Knesset (Parlimen Israel), Almog Cohen.

Bercakap di Channel 14 Israel, Ahli Parlimen rasis itu menyeru Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya menyerang Rafah dan membunuh warga Palestin di Gaza.

“Perdana Menteri individu yang menentukan keputusan (menyerang), Perdana Menteri, kita perlu turunkan tentera di Rafah dan “bunuh mereka”.

“Ya! ketika mereka lapar, ketika mereka kepenatan, ketika mereka lemah, supaya dipatahkan tulang belulang mereka.

“Waktu Ramadan lah waktu terbaik untuk membunuh mereka, mereka lemah dan kepenatan dan tidak, saya tidak mengasihani mereka,” kata Cohen.

Video dimuat naik di Instagram MEMO itu menerima respons negatif netizen termasuk individu yang tidak senang dengan laras bahasa digunakan Ahli Parlimen Israel itu.

“Adakah kamu tahu mana-mana orang negara lain yang bercakap seperti ini ketika ke udara? dahagakan darah? Genosida.. secara terbuka.. bebas atas kesepakatan awam..?! Tak pernah nampak rejim yang paling ganas pun cakap macam ni tentang manusia .. tak masuk akal!!,” kata netizen, Yusra Ahmed.

Israel membunuh lebih 32,000 rakyat Palestin sejak permulaan tindakan genosidnya ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu dengan majoriti mangsanya adalah wanita dan kanak-kanak. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending