Connect with us

PRU-15

Cubaan menipu dan menghina Agong oleh Presiden UMNO, Tun Faisal lapor polis

Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz meminta pihak polis menyiasat kandungan surat dengan berkepala surat Barisan Nasional (BN) yang tular hari ini berikutan dikatakan suatu cubaan menipu dan menghina Yang di-Pertuan Agong oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Wartawan TMT

Published

on

Cubaan menipu dan menghina Agong oleh Presiden UMNO, Tun Faisal lapor polis
Foto: Datuk Tun Faisal Ismail Aziz
  • Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membuat laporan polis susulan tular surat Pengerusi BN yang dikatakan suatu cubaan menipu Yang di-Pertuan Agong.
  • Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya itu berkata, jika cubaan itu benar, beliau berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan. 
  • Tun Faisal juga berharap MKT UMNO dapat mengusulkan untuk tindakan disiplin diambil terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
  • Ini kerana Presiden UMNO itu melanggar dan membelakangkan keputusan parti untuk tidak menyokong mana-mana pihak serta mengambil pendirian berkecuali. 
  • “Hari ini, beliau sudah membelakangi bukan saja keputusan Dewan Tertinggi BN tetapi keputusan MKT iaitu ‘No Anwar, No DAP’,” kata Tun Faisal.

 

PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz meminta pihak polis menyiasat kandungan surat dengan berkepala surat Barisan Nasional (BN) yang tular hari ini berikutan dikatakan suatu cubaan menipu dan menghina Yang di-Pertuan Agong oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

 

Katanya, jika benar ada cubaan menipu Yang di-Pertuan Agong dalam isu sokongan 30 Ahli Parlimen BN terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, beliau berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan. 

 

Beliau berkata, sejak surat berkenaan tular di media sosial, kepemimpinan parti serta komponen BN, iaitu MIC dan MCA juga sudah menafikan isi kandungan berkenaan. 

“Memang patut surat itu disiasat sebagai cubaan menipu dan menghina Yang di-Pertuan Agong.

Advertisement

 

“Beliau patut berasa malu dengan tindakan berulang kali terhadap Yang di-Pertuan Agong, cuma dulu kita tidak membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, petang tadi. 

Tun Faisal juga berharap Majlis Kepemimpinan Tertinggi (MKT) UMNO dapat mengusulkan untuk tindakan disiplin diambil terhadap Ahmad Zahid kerana melanggar dan membelakangkan keputusan parti untuk tidak menyokong mana-mana pihak serta mengambil pendirian berkecuali. 

 

Berikutan itu, katanya, beliau akan membuat aduan kepada MKT UMNO dalam masa terdekat. 

Beliau juga mahu supaya Ahmad Zahid melepaskan jawatan sebagai Presiden parti dan bertanggungjawab terhadap kandungan surat yang tular itu. 

Advertisement

“Hari ini, beliau sudah membelakangi bukan saja keputusan Dewan Tertinggi BN tetapi keputusan MKT iaitu ‘No Anwar, No DAP’,” katanya. 

 

Tun Faisal yang kini menjalani hukuman digantung keahlian UMNO selama enam bulan, juga berhasrat untuk merayu semula keputusan Lembaga Disiplin itu berikutan ia ada kaitan dengan pendedahannya mengenai sokongan Ahmad Zahid terhadap Anwar, sebelum ini. 

Keputusan menggantung keahlian Tun Faisal pada Mac tahun lalu, susulan tindakannya membuat kenyataan terbuka menentang Ahmad Zahid. 

Sebelum ini, Tun Faisal dilaporkan berkata, Ahmad Zahid sudah hilang kredibiliti dan mengkhianati parti selepas gerakan untuk membawa UMNO menyokong ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal beberapa kali.

 

Advertisement

Sumber: Berita Harian 

 

PRU-15

Saingan 6 penjuru di Parlimen Padang Serai 

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.

Wartawan TMT

Published

on

Saingan 6 penjuru di Parlimen Padang Serai 
Foto (dari kiri): Dr Mohamad Sofee Razak (Pakatan Harapan), Datuk C. Sivarraajh (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Hamzah Abd Rahman (Pejuang), dan Sreananda Rao (Bebas).
  • PRU15 kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.
  • Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah umumkan perkara tersebut setelah tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.
  • Antara calon yang terlibat adalah Datuk Azman Nasrudin (PN), Datuk Sivarraajh Chandran (BN), Hamzah Abdul Rahman (PEJUANG); Dr Mohamed Sofee Razak dari (PH), calon Bebas, Sreanandha Rao dan Mohd Bakri Hashim mewakili WARISAN.
  • Undi bagi Parlimen Padang Serai ditangguh susulan kematian calon PH iaitu M Karupaiya pada 16 November lalu.
  • SPR menetapkan hari pengundian pada 7 Disember dan pengundian awal 3 Disember, serta tempoh berkempen selama 13 hari.

KULIM: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah, mengumumkan perkara itu selepas tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.

Enam calon terbabit ialah Datuk Azman Nasrudin dari Perikatan Nasional (PN); Datuk Sivarraajh Chandran dari Barisan Nasional (BN); Hamzah Abdul Rahman (PEJUANG); Dr Mohamed Sofee Razak dari Pakatan Harapan (PH); calon Bebas, Sreanandha Rao dan Mohd Bakri Hashim mewakili WARISAN.

Pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan susulan kematian calon yang telah disahkan bertanding sebelum ini iaitu M Karupaiya daripada PH pada 16 November lalu dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 7 Disember depan dan pengundian awal 3 Disember, dengan tempoh berkempen selama 13 hari hingga jam 11.59 malam 6 Disember bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding.

Sumber: Berita Harian

 

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending