Connect with us

PRU-15

Zahid musnahkan parti orang Melayu – Prof Datuk Dr Ahmad Murad

Amalan budaya politik ekstrem dalam UMNO punca berlaku krisis sehingga tiada kesepakatan dalam parti tertua orang Melayu itu.

Wartawan TMT

Published

on

Zahid musnahkan parti orang Melayu - Prof Datuk Dr Ahmad Murad
Foto: Dato' Seri Ahmad Zahid bin Hamidi (kiri), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican (kanan)
  • Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, Zahid meletakkan setiap keputusan harus dipatuhi anak buahnya tetapi beliau sendiri berganding bahu dengan PH walau tahu anak buahnya tidak setuju.
  • Katanya, matlamat Zahid untuk membela nasib orang Melayu semakin tersasar jauh tetapi disebabkan kerakusan dirinya untuk berkuasa menyebabkan dia terpaksa ‘pejam mata’ untuk kepentingan sendiri.
  • “Fasa pertama kehancuran UMNO bermula 2008 apabila DAP berjaya menakluk Pulau Pinang dan dari situ bermula beberapa fasa sehinggalah negara dikejutkan dengan kes 1MDB yang melibatkan pemimpin utama dalam UMNO,” ujarnya.
  • Baginya, UMNO sudah tidak relevan dan ditolak oleh orang Melayu sendiri akibat sikap dan budaya yang diamalkan pemimpin mereka.

BANGI, 28 Rabiulakhir 1444H, Rabu – Amalan budaya politik ekstrem dalam UMNO punca berlaku krisis sehingga tiada kesepakatan dalam parti tertua orang Melayu itu.

Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, dalam situasi yang berlaku hari ini, Presiden UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamid sentiasa meletakkan setiap keputusan perlu dipatuhi semua anak-anak buah.

“Sedangkan dia sebenarnya sedang memusnahkan parti orang Melayu yang sudah tenat akibat amalan budaya yang diamalkan selama ini.

“Buat masa ini beliau sanggup berpaling arah dan dilihat berganding bahu dengan Pakatan Harapan (PH) yang selama ini adalah seteru utama.

“Sedangkan beliau tahu anak-anak buahnya tidak setuju dengan keputusan namun semuanya dibuat semata-mata untuk kepentingan dirinya,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, (ISTAC-IIUM) itu berkata, semua yang dilakukan Ahmad Zahid adalah mahu mengekalkan kuasa walaupun terpaksa melukakan hati pengundi-pengundi.

“Matlamat Ahmad Zahid untuk membela nasib orang Melayu kini semakin tersasar jauh namun disebabkan kerakusan dirinya untuk terus berkuasa menyebabkan dia terpaksa ‘pejam mata’ untuk kepentingan sendiri.

Advertisement

Jelas Prof Ahmad Murad, situasi yang berlaku ini telah menambahkan lagi fasa kehancuran UMNO.

“Fasa pertama kehancuran UMNO bermula 2008 apabila DAP berjaya menakluk Pulau Pinang dan dari situ bermula beberapa fasa sehinggalah negara dikejutkan dengan kes 1MDB yang melibatkan pemimpin utama dalam UMNO,” katanya.

Baginya, UMNO sudah tidak relevan dan ditolak oleh orang Melayu sendiri akibat sikap dan budaya yang diamalkan pemimpin mereka.

Atas dasar itu, beliau melihat pembaharuan perlu dilakukan secara besar-besaran supaya dapat membersihkan dunia politik daripada terus dicop kotor dan jijik.

Sumber : Ismaweb

 

Advertisement

PRU-15

Saingan 6 penjuru di Parlimen Padang Serai 

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.

Wartawan TMT

Published

on

Saingan 6 penjuru di Parlimen Padang Serai 
Foto (dari kiri): Dr Mohamad Sofee Razak (Pakatan Harapan), Datuk C. Sivarraajh (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Hamzah Abd Rahman (Pejuang), dan Sreananda Rao (Bebas).
  • PRU15 kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.
  • Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah umumkan perkara tersebut setelah tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.
  • Antara calon yang terlibat adalah Datuk Azman Nasrudin (PN), Datuk Sivarraajh Chandran (BN), Hamzah Abdul Rahman (PEJUANG); Dr Mohamed Sofee Razak dari (PH), calon Bebas, Sreanandha Rao dan Mohd Bakri Hashim mewakili WARISAN.
  • Undi bagi Parlimen Padang Serai ditangguh susulan kematian calon PH iaitu M Karupaiya pada 16 November lalu.
  • SPR menetapkan hari pengundian pada 7 Disember dan pengundian awal 3 Disember, serta tempoh berkempen selama 13 hari.

KULIM: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah, mengumumkan perkara itu selepas tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.

Enam calon terbabit ialah Datuk Azman Nasrudin dari Perikatan Nasional (PN); Datuk Sivarraajh Chandran dari Barisan Nasional (BN); Hamzah Abdul Rahman (PEJUANG); Dr Mohamed Sofee Razak dari Pakatan Harapan (PH); calon Bebas, Sreanandha Rao dan Mohd Bakri Hashim mewakili WARISAN.

Pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan susulan kematian calon yang telah disahkan bertanding sebelum ini iaitu M Karupaiya daripada PH pada 16 November lalu dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 7 Disember depan dan pengundian awal 3 Disember, dengan tempoh berkempen selama 13 hari hingga jam 11.59 malam 6 Disember bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding.

Sumber: Berita Harian

 

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending