Connect with us

Teknologi

Pelaburan syarikat milik Elon Musk menguntungkan negara – PM 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peluang pelaburan yang diberikan kepada syarikat milik Elon Musk bukan bermaksud menafikan peluang kepada syarikat tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Pelaburan syarikat milik Elon Musk menguntungkan negara - PM 
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri), & Pemilik syarikat Space X dan Tesla, Elon Musk (kanan).
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peluang pelaburan diberikan kepada syarikat milik Elon Musk bukan bermaksud menafikan peluang kepada syarikat tempatan.
  • Dalam temu bual bersama CNBC, beliau menjelaskan, segala keistimewaan diperolehi Space X dan Tesla pernah dilakukan sebelum ini terutama pelaburan melibatkan IT.
  • Anwar juga menafikan keistimewaan diberikan kepada syarikat milik Elon Musk itu mengabaikan syarikat tempatan kerana terdapat tiga syarikat tempatan terlibat dalam pelaburan yang dibuat Space X.
  • Perdana menteri menjelaskan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berpendapat kaedah digunakan itu lebih menguntungkan biarpun tidak mempunyai ekuiti.
  • “MITI melihat secara keseluruhan proposal tersebut, adalah lebih menguntungkan berbanding 20 hingga 30 peratus ekuiti, itu yang kami lihat,” katanya. 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peluang pelaburan yang diberikan kepada syarikat milik Elon Musk bukan bermaksud menafikan peluang kepada syarikat tempatan.

Dalam temu bual bersama CNBC, beliau menjelaskan, segala keistimewaan yang diperolehi oleh Space X dan Tesla pernah dilakukan sebelum ini terutama pelaburan melibatkan IT.

Anwar juga menafikan keistimewaan yang diberikan kepada syarikat milik Elon Musk itu mengabaikan syarikat tempatan kerana terdapat tiga syarikat tempatan terlibat dalam pelaburan yang dibuat Space X.

“Ini bukan perkara baharu. Ia telah diberikan kepada transformasi digital, untuk aktiviti dan pelaburan melibatkan IT.

“Kami telah lakukan sebelum ini, ia sangat selektif, ia bukan hanya untuk Elon Musk yang saya rasakan satu keperluan untuk memberikan keyakinan dan penglibatan negara ini.

“Yang menarik mengenai Space X, terdapat tiga syarikat tempatan terlibat,” katanya.

Mengulas lanjut, perdana menteri menjelaskan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berpendapat kaedah yang digunakan itu lebih menguntungkan biarpun tidak mempunyai ekuiti.

Jelas beliau, syarikat-syarikat tempatan diberikan peluang untuk mengeluarkan bateri atau bahagian lain yang diperlukan Tesla dan Space X.

“Agak pramatang untuk saya nyatakan kerana mereka sedang mengusahakannya tetapi apa yang penting kami mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan bateri atau bahagian lain yang diperlukan oleh kereta.

“MITI melihat secara keseluruhan proposal tersebut, adalah lebih menguntungkan berbanding 20 hingga 30 peratus ekuiti, itu yang kami lihat.

“Begitu juga dengan Geely-Proton, kerana terdapat bekalan peralatan. Seperti yang saya kata mengenai Space X, terdapat 3 pemain utama di sini.

“Jika Space X ingin beroperasi di sini tanpa sebarang ekuiti, saya berpendapat ia bukan masalah kerana kami mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan alat ganti untuk Space X,” katanya lagi.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc, Elon Musk telah mengadakan perbincangan dengan perdana menteri berhubung pelaburannya di negara ini.

Dalam perbincangan tersebut, Musk dilaporkan menyatakan komitmennya untuk membuka ibu pejabat syarikat berkenaan di Cyberjaya tahun ini.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Meta lancarkan Ray-Ban Baharu ‘Cermin Mata Pintar Meta’

Meta Connect dengan kerjasama EssilorLuxottica pada 27 September lalu melancarkan koleksi cermin mata pintar Ray-Ban Meta generasi baharu.

A.R. Khan

Published

on

Meta lancarkan Ray-Ban Baharu ‘Cermin Mata Pintar Meta’
Foto: Cermin Mata Pintar Ray-Ban Meta.

Meta Connect dengan kerjasama EssilorLuxottica pada 27 September lalu melancarkan koleksi cermin mata pintar Ray-Ban Meta generasi baharu.

Reka bentuk cermin mata pintar itu diberikan penambahbaikan yang jauh lebih baik berbanding keluaran generasi pertamanya dengan ciri-ciri yang tiada pada mana-mana cermin mata pintar sebelum ini. 

Cermin mata pintar itu bakal membebaskan tangan pengguna dari gangguan perlu memegang kamera tangan, membolehkan rakaman foto atau klip video dari sisi unik pengguna itu sendiri.

Selain itu cermin mata pintar itu juga membolehkan pengguna strim secara langsung dari cermin mata mereka ke Facebook atau Instagram. 

Pembesar suara serba baharu yang direka khas dengan bass lanjutan serta suara maksimum lebih tinggi dan ciri-ciri audio terarah yang membantu pengurangan kebocoran audio semasa menerima panggilan, mendengar muzik serta podcast walaupun dalam persekitaran yang bising atau berangin. 

Bagi kemudahan rakaman video, susunan lima mikrofon rekaan baharu diberikan untuk rakaman lebih baik, serta tangkapan bunyi lebih tepat seperti pengalaman asal pengguna, sama ada dari hadapan, dari sisi, belakang, malah di arah atas.

Kamera ultra lebar 12 MP baharu dengan kualiti yang dipertingkatkan untuk foto dan video rakaman 1080p sehingga 60 saat, selain ciri-ciri foto boleh dikongsi secara terus kepada rakan dan keluarga dari cermin mata pintar itu dengan arahan suara “hantar foto”.

 Meta lancarkan Ray-Ban Baharu ‘Cermin Mata Pintar Meta’

 

Ia bakal dilancarkan dengan harga $299 USD (RM1,410) dengan pembelian pra-tempahan kini boleh dilakukan di meta.com dan ray-ban.com.

Pembelian terus secara atas talian dan kedai fizikal pula akan bermula 17 Oktober depan di 15 negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan seluruh Eropah.

Sumber: Meta

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending