Connect with us

Terkini

Penggunaan bahasa lain dalam urusan rasmi punca kurangnya penghayatan bahasa kebangsaan – Shamrahayu

Kerangka undang-undang didapati dalam akta berkaitan, termasuk Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967, belum lagi mampu mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi meskipun kedudukannya dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Pakar perundangan dan Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz.
  • Kerangka undang-undang didapati dalam akta berkaitan belum lagi mampu mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi meskipun kedudukannya dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Pakar perundangan dan Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata ini kerana penggunaan bahasa lain walaupun tidak diwajibkan, ia dibenarkan. 
  • “Kebenaran menggunakan bahasa lain selain bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi akan melambatkan penerimaan dan pemakaian bahasa kebangsaan dalam kalangan warganegara.
  • “Penggunaan bahasa lain dalam urusan rasmi juga menyumbang kepada kurangnya penghayatan kepada kedudukan bahasa kebangsaan.
  • “Aspirasi atau matlamat bahasa kebangsaan tidak mudah untuk dicapai sekiranya sokongan undang-undang tidak diperkukuh,” kata Shamrahayu dalam kenyataan disiarkan di Facebook beliau pada 26 April lalu. 
  • Memetik Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, beliau berkata bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. 
  • Peruntukan itu menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa lain selain bahasa Melayu kecuali dalam tujuan rasmi, katanya. 

KUALA LUMPUR – Kerangka undang-undang didapati dalam akta berkaitan, termasuk Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967, belum lagi mampu mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi meskipun kedudukannya dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pakar Perundangan dan Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata ini kerana penggunaan bahasa lain walaupun tidak diwajibkan, ia dibenarkan. 

“Kebenaran menggunakan bahasa lain selain bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi akan melambatkan penerimaan dan pemakaian bahasa kebangsaan dalam kalangan warganegara.

“Penggunaan bahasa lain dalam urusan rasmi juga menyumbang kepada kurangnya penghayatan kepada kedudukan bahasa kebangsaan.

“Aspirasi atau matlamat bahasa kebangsaan tidak mudah untuk dicapai sekiranya sokongan undang-undang tidak diperkukuh,” kata Shamrahayu dalam kenyataan disiarkan di Facebook beliau pada 26 April lalu. 

Justeru bagi mengukuhkan kedudukan dan amalan bahasa kebangsaan, beliau mengesyorkan supaya pihak terlibat tidak lagi membenarkan terjemahan dokumen rasmi kepada bahasa lain.

Shamrahayu turut mencadangkan penggunaan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan dalam institusi pendidikan tadika, rendah dan menengah serta pendidikan tinggi (kecuali sesetengah kursus yang perlu diperinci) dikaji semula.

Katanya, terjemahan Perlembagaan Persekutuan ke dalam bahasa kebangsaan juga perlu diusahakan bersungguh-sungguh.

“Penggunaan bahasa kebangsaan/bahasa rasmi dalam prosiding mahkamah perlu dipertingkatkan dan para hakim hendaklah diwajibkan menulis penghakiman dalam bahasa Melayu.

“Selain itu, penggunaan bahasa kebangsaan/bahasa rasmi dalam prosiding Parlimen, dan penggunaan tulisan jawi dalam penulisan urusan rasmi bagi institusi Islam,” kata Shamrahayu.

Memetik Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan beliau berkata, bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. 

Katanya, peruntukan itu menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa lain selain bahasa Melayu kecuali dalam tujuan rasmi. 

“Dalam apa juga urusan rasmi, bahasa Melayu hendaklah digunakan,” katanya. – The Merdeka Times

Author